Home » Penerbitan » Buku sumber rujukan pendidikan Islam prasekolah

Buku sumber rujukan pendidikan Islam prasekolah

Tajuk : Buku sumber rujukan pendidikan Islam prasekolah

Penulis : Panel penulis

Bil. Halaman : 223

Harga : RM70

 

Buku sumber rujukan guru pendidikan islam prasekolah adalahs ebagai panduan untuk guru prasekolah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dengan berkesan dan bermakna.

Buku ini dibina berdasarkan kurikulum prasekolah kebangsaan kementerian pendidikan malaysia, dengan mengambil kira perubahan-perubahan terkini dalam kurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK),. Buku ini menggariskan objektif dan hala tuju yang jelas bagi memantapkan pelaksanaan pendidikan islam di peringkat prasekolah secara teratur, sistematik dan berkesan.

Buku sumber rujukan ini dilengkapi dengan contoh-contoh alat bantuan mengajar yang relevan dengan aktiviti yang dirancang oleh guru bagi membantu penyampaian dan pemahaman maklumat agar lebih berkesan, sambil menggalakkan interaksi dan aktiviti di dalam bilik darjah. Penggunaan alat dan bahan kreatif oleh guru boleh menraik minat murid dan membangunkan kreativiti mereka.

Buku sumber rujukan guru pendidikan islam prasekolah ini diterbitkan dengan bantuan panel perunding berpengalaman yang terdiri daripada pegawai-pegawai Pusat Perkembangan Kurikulum, kementerian Pendidikan Malaysia dan mantan-mantannya, pengetua-pengetua serta guru-guru tadika Islam.

Pendekatan dan kandungan buku ini bersesuaian untuk kanak-akank seawal usia empat tahun dalam usaha membina dan mengembangkan kemahiran sosial, potensi dan kreativiti mereka.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *