Home » Citra Yadim » Nilai kembali cara perjuangan pandangan

Nilai kembali cara perjuangan pandangan

BANGI 20 Julai – Timbalan Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof. Datuk Zakaria Stapa berkata, selain pe­mimpin politik, pemimpin mazhab juga disaran berbuat demikian demi penyatuan umat Islam.

“Perkara ini perlu diberikan perhatian agar tidak mengganggu survival ummah terutamanya pada masa akan datang.

“Selain itu, kami menegaskan kesediaan bersama MDN dalam usaha mengembalikan kewarasan masing-masing dalam menguruskan perbezaan pendapat antara satu sama lain,” ka­tanya ketika membentangkan re­solusi dan usul cadangan Perhimpunan Agamawan Kebangsaan, di sini hari ini.

Perhimpunan Agamawan Kebangsaan anjuran MDN itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Persatuan Ulama Malaysia dan Majlis Alumni Pengajian Islam Kebangsaan.

Yang turut hadir Pengerusi Maj­lis Dakwah Negara, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid.

Persidangan yang dihadiri kira-kira 300 agamawan itu dipengerusi Pengerusi Perhimpunan Agamawan Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz.

Sementara itu, Zakaria turut membentangkan lima usul cadangan yang dilakukan MDN dalam inisiatif ke arah perpa­duan ummah dan pembangunan negara.

Jelasnya, antara usul yang dicadangkan ialah merapatkan hubungan antara satu sama lain tanpa dipengaruhi perbezaan panda­ngan dalam hal ehwal ke­agamaan, pendirian dan kumpulan politik serta sebarang nilai negatif terhadap kesatuan ummah.

“MDN juga akan membantu memperkukuhkan kekuatan pertubuhan keagamaan yang sedia ada agar menjadi lebih berkesan dalam merealisasikan dasar dan mencapai objektif tanpa dipe­ngaruhi oleh prejudis terhadap tujuan khusus masing-masing.

“Malah, kita mencadangkan menubuhkan satu badan rujukan tertinggi bagi hal ehwal agama Islam yang bertanggungjawab memberi nasihat dasar dan pandangan syariat Islam,” katanya.

– sumber: https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *