Home » Persuasif » Peranan Cina Muslim dalam pembinaan negara bangsa di Malaysia

Peranan Cina Muslim dalam pembinaan negara bangsa di Malaysia

 

Kertas kerja ini dibentangkan oleh Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Prof. Taufeq Yap pada Persidangan Meja Bulat Cina Muslim anjuran Majlis Dakwah Negara (MDN) pada 11 Ogos 2016.

Pengenalan

Negara China mempunyai hubungan perdagangan dengan Alam Melayu sejak tertubuhnya kerajaan Funan pada kurun keempat sebelum masihi.Kerajaan Funan meliputi Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand, Selatan Myanmar dan Semenanjung Tanah Melayu.Kerajaan Alam Melayu yang dibawah naungan Kerajaan Funan iaitu Kerajaan Gangga Negara, Kerajaan Pan-Pan, Kerajaan Chih Tua dan Kerajaan Langkasuka.Setelah Kerajaan Funan menjadi lemah, kerajaan-kerajaan Melayu mula membentuk kerajaan sendiri tanpa berada di bawah naungan Kerajaan Funan.Antaranya Kerajaan Langkasuka yang merupakan warisan Kerajaan Pattani Kelantan hari ini.Catatan sejarah diperolehi daripada pelayar-pelayar dan pendeta agama Hindu dan Buddha hasil daripada perdagangan antara China dan Alam Melayu.Kerajaan Langkasuka menggantikan Kerajaan Funan pada kurun kedua masihi sehingga kurun keempat belas masihi menerusi kelangsungan Kerajaan Pattani.Pengasasan kerajaan Langkasuka dikatakan hasil daripada pertolongan dari Maharaja Dinasti Liang (502 hingga 507 Masihi).Walaupun Kerajaan Langkasuka mulai lemah pada kurun kelapan masihi apabila sebahagian besar wilayahnya ditawan oleh Dinasti Srivijaya.Tetapi warisan kerajaan Langkasuka masih berlangsung di bawah kerajaan Pattani yang membayar ufti kepada Dinasti Srivijaya dan Kesultanan Melayu Melaka.

Islam mula dibawa masuk ke China melalui utusan yang dihantar oleh Saidina Uthman, Khalifah Ketiga pada tahun 651 Masihi. Utusan yang dibawa oleh Sa’ad Ibnu Abi Waqqas iaitu bapa saudara Nabi Muhammad saw. Kedatangan Sa’ad Ibnu Abi Waqqas berlaku pada zaman pemerintahan Maharaja Gaozong semasa Dinasti Tang dan ditempatkan di bandar Canton berdekatan dengan Pelabuhan Guangzhou.Maharaja Gaozong dikenali sebagai Maharaja Yung Wei dan beliau tidak memeluk Islam tetapi membenarkan masjid pertama dibina.Pengembangan Islam tidak dihalang oleh beliau.Penempatan ini berakhir dengan perkahwinan dengan orang-orang Cina dan membentuk komuniti Hui. Sebanyak enam delegasi yang dihantar oleh Khalifah Abbasid dan Umayyads pada zaman Dinasti Tang. Pada tahun 751 masihi berlakunya pertikaian antara komuniti Hui dengan komuniti Cina yang menyebabkan Peristiwa Pembunuhan Beramai-ramai Guangzhou (751 Masihi) dan Pembunuhan Beramai-ramai di Yangzhou (760 Masihi).Seramai 120 ribu orang terkorban dalam kejadian ini.Peristiwa ini mempunyai hubungan dengan Perang Sungai Talas.Ini menyebabkan komuniti Hui berundur ke selatan iaitu di Chaozhou di Fujian, Utara Vietnam dan Pulau Hainan.Bermula penempatan ini akhirnya terbentuk perdagangan antara pedagang-pedagang Cina dengan Alam Melayu melalui Pelabuhan Chaozhou, wilayah Guangdong.Pelabuhan Chaozhou dan Pelabuhan Guangzhou merupakan dua pelabuhan utama bagi kemasukkan barang dagangan dari Arab dan India.Pada zaman Dinasti Song (960 – 1279 masihi) perdagangan antara China dan Alam Melayu dikuasai oleh para pedagang Cina Muslim. Majoriti tiga kelompok etnik yang utama yang telah berkahwin dengan rombongan yang diketuai oleh Saad ibni Waqqas iaitu etnik Kantonis, etnik Teochew dan etnik Hokkien merupakan penduduk asal sekitar Guangzhou, Chaozhou dan Fujian sewaktu melarikan diri daripada pembunuhan beramai-ramai. Kebanyakan orang-orang Arab yang berkahwin dengan wanita-wanita Cina tempatan mengambil nama keturunan asal isteri mereka. Bagi mereka yang tidak mempunyai nama keturunan pula menggunakan singkatan gelaran nama. Contohnya keturunan Ma adalah singkatan Muhammad, Ha untuk singkatan Hassan, Hu untuk singkatan Hussain, Sai untuk singkatan nama Said dan sebagainya.

Agama Islam disebarkan ke China melalui dua bentuk. Pertama, pengembangan Islam bermula dengan jalan darat melalui “The Silk Road” atau Jalan Sutera bermula dari Timur Mediteranean hingga ke Asia Tengah, Bukhara dan Samarkhand bersempadanan dengan Wilayah Tibet, China. Seterusnya berakhir di Xi’an dan Beijing. Manakala bentuk kedua melalui jalan laut adalah bermula dari Teluk Parsi iaitu Iran, Iraq, Yaman, Arab Saudi dan Oman hingga ke Asia Tenggara dan seterusnya ke Pelabuhan Cina seperti Pelabuhan Guangzhou, Pelabuhan Canton, Pelabuhan Chaozhou dan Pelabuhan Amoy. Kedatangan Islam ke China paling awal adalah pada 630 Masihi melalui Saad ibni Lubayd dan Hamzah ibni Hamzah Abi Talib. Perluasan kuasa empayar Dinasti Tang kea rah Barat Cina telah mempercepatkan penyebaran Islam. Kekalahan tentera Dinasti Tang kepada Kerajaan Khalifah Abbasid di Perang Sungai Talas, 751 Masihi bukanlah penamat. Walaupun berlaku pembunuhan beramai-ramai di Guangzhou dan Yangzhou, agama Islam telah berkembang pesat di Selatan China iaitu wilayah Fujian, Guangdong, Vietnam Utara dan Yunan. Persahabatan Dinasti Tang dengan Kerajaan Khalifah Abbasid kembali pulih apabila tentera Islam Khailfah Abbasid membantu Dinasti Tang memandamkan pemberontakan di An Lushan pada 756 Masihi.Beberapa kaum kerabat diraja Dinasti Tang telah memeluk Islam seperti yang dicatatkan sewaktu hubungan diplomatik yang dilakukan oleh Khalifah Harun Al-Rashid (766 Masihi hingga 809 Masihi). Gelombang pertama kedatangan agama Islam ke Alam Melayu yang dibawa oleh pedagang-pedagang Cina berlaku antara Dinasti Tang (618 masihi sehingga 907 masihi) sehingga Dinasti Song  Utara (960 masihi hingga 1127 masihi). Semasa gelombang pertama ini, kedatangan agama Islam lebih berbentuk pertahanan dan diplomatik antara kerajaan-kerajaan Alam Melayu seperti Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Pattani dan Kerajaan Kedah Tua. Para pedagang yang datang dari Pelabuhan Guangzhou dan Pelabuhan Chaozhou kebanyakkannya adalah muslim. Mereka singgah selama enam bulan di rantau alam Melayu sementara menunggu kedatangan monsoon timur laut untuk belayar pulang.Persinggahan ini akhirnya menyebabkan mereka berkahwin dengan wanita-wanita Melayu dan membentuk komuniti Islam. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, raja Langkasuka pertama memeluk Islam ialah Phra Ong Mahawangsa pada 1136 masihi dan menukar namanya kepada Sultan Mudzafar Shah. Sultan Mudzafar Shah akhirnya membentuk Kerajaan Kedah Moden yang wujud hingga hari ini. Manakala kerajaan Pan-pan yang meliputi Kerajaan Kelantan dan Terengganu moden hari wujud pada kurun ketiga sehingga ketujuh masihi. Kerajaan Pan-pan ini berpusat di Legeh Tua yang telah bergabung dengan kerajaan Chih Tua iaitu Kerajaan Purba Tanah Merah. Kewujudan kerajaan Pan Pan ini dikatakan bersatu bersama kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Langkasuka. Pada kurun kelapan masihi, kerajaan Pan-pan telah diletakkan bawah naungan kerajaan Srivijaya.

Menurut Hikayat Pattani, kerajaan Langkasuka masih berterusan dibawah pembahagian kerajaan-kerajaan kecil seperti kerajaan Legeh, kerajaan Kedah Tua, Kerajaan Tambralinga. Kerajaan Tambralinga yang berpusat di Nakhon Si Thammarat iaitu wilayah tengah Thailand.Kewujudan Kerajaan Tambralingga bermula daripada kurun ketujuh masihi yang bersatu di bawah Kerajaan Langkasuka.Pada akhir kedua belas, Kerajaan Tambralinga telah membebaskan diri daripada Kerajaan Srivijaya yang menaklukinya sejak kurun kelapan masihi.Pada akhir kurun keempat belas masihi Kerajaan Tambralinga telah mulai lemah dan akhir berpecah kepada Kerajaan Singgora, Kerajaan Tanah Sari dan Kerajaan Ligor. Komuniti Cina muslim Hui dikatakan telah membentuk perkampungan di setiap pelabuhan kerajaan-kerajaan Melayu lama iaitu kerajaan Tambralinga, Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan Gangga Negara dan Kerajaan Pan-pan. Sultan Sulaiman telah memeluk Islam pada kurun kedua belas masihi merupakan Ketua Kerajaan Langkasuka yang telah membebaskan diri daripada Kerajaan Srivijaya. Beliau berasal dari Patalung dan nama asalnya ialah Phya Tu Nakpa. Gelombang Kedua kedatangan Islam iaitu penghijrahan beramai-ramai keluar dari China semasa Dinasti Selatan Song  (1127 masihi hingga 1279 masihi) dan Dinasti Yuan (1279 masihi hingga 1368 masihi) ke Brunei, Banjarmasin, Sulawesi dan Kelantan. Penghijrahan beramai-ramai kaum muslimim ke Asia Tenggara adalah disebabkan berlakunya peperangan, kemarau dan juga pembunuhan ke atas mereka. Semasa Dinasti Selatan Song yang terakhir, ribuan pahlawan Cina Muslim atau Hui telah terlibat menentang orang-orang Monggol  yang telah membentuk Dinasti Yuan di utara China. Akibatnya, apabila keruntuhan Dinasti Selatan Song telah menyebabkan kaum muslimin atau Hui telah melarikan diri ke Pulau Borneo dan Kelantan.Pelarian ini lebih menumpukan kepada Pulau Borneo kerana masih belum diterokai oleh pedagang-pedagang Cina.Mereka akhirnya telah membantu dalam penubuhan kerajaan-kerajaan Islam di Pulau Borneo. Pengunduran Kerajaan Srivijaya dan Majaphit akibat daripada penentangan kerajaan-kerajaan Brunei, Banjarmasin dan Sulawesi bersama dengan bantuan kaum Cina muslim. Akibatnya, agama Hindu dan Buddha yang dianuti mereka secara beransur-ansur bertukar kepada agama Islam. Semasa Dinasti Yuan, jumlah penduduk Cina Muslim adalah berjumlah 4 juta orang. Sebahagian besar keturunan Confucius telah memeluk Islam semasa Dinasti Yuan memerintah dan bekerja dengan pemerintah.Mereka turut membantu mengembangkan agama Islam ke Alam Melayu apabila mengikuti ekspedisi penaklukan Monggol di Alam Melayu. Antaranya kerajaan-kerajaan yang wujud masa itu tunduk kepada pemerintah Monggol adalah Kerajaan Pattani, Kerajaan Tambralinga, Kerajaan Kedah Tua dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain. Kedatangan Monggol ini turut diikuti oleh kaum Cina Muslim yang bertugas sebagai tentera, pentadbir dan pedagang-pedagang.Kebanyakan kaum Cina Muslim ini telah menetap di Alam Melayu dan berkahwin dengan wanita-wanita Melayu.

Kesultanan Kedah Tua

Kedah merupakan sebuah wilayah jajahan Kerajaan Funan yang diberikan nama Kadaram yang diasaskan pada abad kedua masihi. Kadaram yang diperintah oleh golongan bangsawan Pallava telah memberontak pada abad kelima masihi dan akhirnya membentuk sebuah kerajaan sendiri.Pada abad keenam masihi, Raja Gemeron telah dikahwinkan dengan golongan bangsawan Pallava dan membentuk Kerajaan Kedah Tua.Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada tahun 630 masihi oleh Maharaja Derbar Raja Gemeron merupakan sebuah dinasti Hindu.Raja Gemeron merupakan raja Parsi yang kalah dalam peperangan dan melarikan diri ke Sri Langka.Tetapi semasa perjalanan tersebut, kapal Raja Gemeron telah dihanyut oleh ombak besar dan pecah.Akibatnya, Raja Gemeron tersadai di pantai Kuala Sungai Kedah dan beliau telah diselamatkan.Beliau yang mempunyai kebolehan dan kemahiran berperang telah diangkat menjadi Raja Kedah.Pada abad ketujuh masihi Kerajaan Kedah Tua telah menjadi sebahagian empayar Srivijaya. Semasa serangan Raja Chola I pada kurun 9 masihi hingga 13 masihi, Kerajaan Kedah Tua berjaya membebaskan diri daripada cengkaman Empayar Srivijaya dan pada masa yang sama turut membebaskan diri daripada tawanan Raja Chola pada akhir kurun 11 masihi. Kebebasan Kerajaan Kedah Tua pada 1136 masihi daripada tawanan Raja Chola I telah menyebabkan perubahan besar kepada Kedah hari ini. Pemelukan Islam oleh Raja Kedah Tua iaitu Raja Phra Ong Mahawangsa dengan menggunakan nama Sultan Mudzafar Shah. Sultan Mudzafar Shah telah menubuhkan Kesultanan Kedah dan berjaya meluaskan empayarnya sehingga ke sempadan Myanmar iaitu Kepulauan Andaman dan Talang. Kesultanan Kedah turut menguasai keseluruhan wilayah Timur Kerajaan Tambralingga yang menguasai Segenting Kra terletak dibawah naungan Kesultanan Kedah.Kesultanan Kedah juga berjaya menguasai keseluruhan Perak sehingga Beruas dan bersempadan dengan Kerajaan Legeh disebelah Timur.

Kedatangan kaum Cina ke wilayah Kedah Tua ini telah lama berlaku sejak abad kedua masihi semasa Lembah Bujang dijadikan pelabuhan perdagangan antara India dan China.Pada permulaan perdagangan antara China dan India adalah dua hala yang mengambil masa lebih setahun.Perdagangan dua hala ini tanpa henti telah mendatangkan kesan yang negatif dalam kalangan pelaut dan pedagang.Kadang kala pelaut dan pedagang ini hilang dalam ombak monsoon.Keadaan ini akhirnya berubah menjelang ketiga sebelum masihi apabila sebuah pelabuhan di Teluk Siam dibuka bagi tujuan merehatkan pelaut dan pedagang daripada perubahan angin monsun.Tetapi pelabuhan ini terlalu jauh daripada laluan Segenting Kra.Keadaan ini memaksa para pelaut dan pedagang mencari sebuah lagi pelabuhan di sebelah barat Segenting Kra bagi memudahkan perjalanan perdagangan antara India dan China.Di sini terbentuk sebuah kerajaan kecil Langkasuka yang bernaung di bawah Kerajaan Funan.Akhirnya sebuah peta perjalanan perdagangan dibentuk pada abad kedua masihi. Perjalanan pelaut dan pedagang India akan berhenti disebuah pelabuhan wilayah barat Segenting Kra. Menerusi pelabuhan ini, satu lakaran muatan dagangan dibawa menerusi sungai-sungai yang bersambungan di wilayah Segenting Kra sehingga ke kawasan pelabuhan di sebelah timur Segenting Kra.Maka pada abad dua masihi sebuah pelabuhan yang dalam dan terlindung telah diterokai oleh kedua-dua negara China dan India.Pelabuhan tersebut adalah pelabuhan Lembah Bujang yang terletak di wilayah Kedah Tua.Pelabuhan Bujang dipilih adalah disebabkan Gunung Jerai dan kepulauan Langkawi dijadikan lokasi tanda bagi pelabuhan tersebut.Pembukaan Lembah Bujang ini dipersetujui oleh Kerajaan Funan dengan melantik golongan bangsawan Pallava sebagai Ketua Daerah di wilayah tersebut.Pembukaan ini telah menarik penduduk-penduduk di sekitar untuk membuat penempatan.Penduduk-penduduk di sekitar adalah berketurunan Melayu dan beragama Hindu.Kemeriahan dan keramahan penduduk kawasan Lembah Bujang telah menyebabkan pedagang dan pelaut dari China dan India menetap di kawasan tersebut.Perkahwinan campur telah berlaku dan menyebabkan perkembangan agama Hindu dan Buddha.Impak daripada penempatan ini akhirnya agama Buddha dikembangkan di China.Pendita-pendita China datang ke wilayah ini untuk mendalami agama Buddha.Sebuah penempatan masyarakat Cina yang berkahwin dengan penduduk Melayu telah dibuka di Yan, sekitar Lembah Bujang.

Menjelang abad ketujuh masihi, berlakunya gelombang kedatangan masyarakat Cina Muslim yang menggantikan  sedikit demi sedikit pelaut dan pedagang Cina bukan Muslim. Situasi ini telah mengubahkan kawasan sekitar penempatan Lembah Bujang yang berunsurkan Hindu Buddha kepada Islam.Walaupun berlakunya agama Islam dikembangkan dalam kalangan penduduk Melayu tetapi masih minoriti berbanding masyarakat Melayu yang masih menganut agama Hindu dan Buddha.Penguasaan Empayar Srivijaya semakin lemah menjelang kurun kesebelas masihi. Keadaan ini menyebabkan Kerajaan Kedah Tua membebaskan diri apabila rajanya memeluk Islam dan menamakan dirinya sebagai Sultan Mudzafar Shah 1 yang membentuk Kesultanan Kedah pada 1176 masihi. Empayar Kesultanan Kedah mula meluaskan empayarnya pada kurun keempat belas masihi apabila berjaya menguasai wilayah barat Kerajaan Tambralingga sehingga ke wilayah Tenasserim, Myanmar.Hubungan perdagangan antara China dan India masih diteruskan di pelabuhan Lembah Bujang atau Kuala Kedah dan pelabuhan Kuala Selising, Perak.Pada akhir abad kelima belas, Kesultanan Melayu Melaka telah berjaya menakluki Kesultanan Kedah.Selepas berjaya membebaskan diri dari cengkaman Kesultanan Melayu Melaka.Kesultanan Kedah menghadapi kemaraan kuasa empayar Siam.

 Kesultanan Melayu Melaka

Gelombang Ketiga kedatangan Islam iaitu rombongan Laksamana Zheng He (Cheng Ho) semasa Dinasti Ming (1368 masihi hingga 1644 masihi).Dinasti Ming menurut Ibrahim Tien Ying Ma atau Ibrahim Ma bererti Dinasti Gilang-Gemilang atau Dinasti al-Munawarrah atau Dinasti Bercahaya.Dinasti Ming diasaskan oleh seorang Panglima Cina Muslim bernama Chu Yuan Chang pada 1368 masihi.Ketika di akhir pemerintahan Dinasti Yuan yang menghadapi inflasi tinggi, kebuluran dan kemarau menyebabkan berlakunya pemberontakan rakyat yang dipimpin oleh sekumpulan pemuda di wilayah selatan China. Kumpulan-kumpulan pemuda Cina tersebut bergabung dengan Jeneral Kok Tze Hin seorang Cina muslim. Jeneral Kok mengetuai pemberontakan sekumpulan askar yang tidak dibayar gaji selama beberapa bulan ke atas Dinasti Yuan.Revolusi tersebut semakin membesar dan pimpinan pemberontakan ini akhirnya diberikan kepada Chu Yuan Chang menantu kepada Jeneral Kok.Penaklukan Nangking dan beberapa bandar besar selatan China menyebabkan tentera Monggol berada dalam keadaan kucar-kacir.Pengunduran tentera Monggol dari wilayah selatan China sehingga ke wilayah asal Monggol berlaku apabila Peking ditakluki oleh Panglima ChuYuan Chang.Kejayaan merampas kembali negara China dari tentera Monggol menyebabkan penamaan semula Dinasti China dengan gelaran Dinasti Ming.Panglima Chu dinobatkan sebagai Maharaja China Dinasti Ming (1368 hingga 1398 masihi) dan berkahwin dengan seorang muslimah bernama Ratu Ma.Maharaja Cheng Tzu atau Yung Lo (1403 hingga 1424 masihi) yang merampas kuasa dari anak saudaranya yang bernama Chu Kien Wen. Chu Kien Wen yang berusia 16 tahun merupakan anak sulung kepada Chu Hung Wu yang meninggal dunia selepas lima tahun memerintah China (1398-1403 masihi). Maharaja Chu Hung Wu merupakan putera sulung kepada Maharaja Chu Yuan Chang yang meninggal dunia pada 1398 masihi.Pada 1380 masihi, tentera Dinasti Ming telah menjalankan penghapusan pemberontakan ke atas Gabenor Yunan yang masih menyokong pemerintahan Monggol Islam.Dalam perang tersebut Dinasti Ming yang diketuai oleh tentera Cina Muslim dan Han berlawanan dengan tentera Monggol Islam, Cina Muslim dan kaum-kaum Miao.Kekalahan gabenor Yuan menyebabkan ribuan kanak-kanak lelaki Islam dikembirikan untuk dijadikan hamba kepada Maharaja Chu Yuan Chang.Ayah Muhammad Ma Ho atau Zheng He yang terlibat menyokong gabenor Yunan telah ditawan.Akibatnya Muhammad Ma Ho yang masih kanak-kanak masa itu telah dihantar ke Peking untuk berkhidmat kepada Maharaja Chu Yuan Chang.Tetapi Muhammad Ma Ho ini jatuh ke tangan putera keempat Maharaja Chu Yuan Chang iaitu Putera Cheng Tzu. Putera Cheng Tzu melatih dan mendidik Muhammad Ma Ho. Muhammad Ma Ho menjelang dewasa telah dihantar untuk mengetuai serangan ke atas tentera Monggol yang berpusat di Karakorum, Monggolia Dalam. Kejayaan menewaskan tentera Monggol di Monggolia Dalam sehingga memaksa mereka keluar dari China apabila tewas sekali lagi di Monggolia Luar. Kemenangan demi kemenangan oleh pimpinan Muhammad Ma Ho akhirnya menjadi panglima yang disayangi dan dpercayai oleh putera Cheng Tzu.Apabila Putera Cheng Tzu menaiki takhta, beliau memanggil Muhammad Ma Ho untuk diberikan satu tugasan ekspedisi ke luar China.Misi ekspedisi ini adalah untuk melebarkan pengaruh dan pengiktirafan kekuasaan China di samping mengembangkan Islam di wilayah-wilayah yang masih belum Islam.Sebanyak 80 ribu buah kapal terlibat dalam ekspedisi ini yang diketuai oleh Muhammad Ma Ho. Muhammad Ma Ho diberikan gelaran Laksamana Cheng Ho atau Zheng He. Armada ini menyusuri bermula dari Annam, Tongking, Filipina, Champa, Kerajaan Suphannaphum (Dinasti Ayuthia), Tambralinga, Pattani, Kesultanan Melayu Melaka, Kepulauan Jawa, Kepulauan Kalimantan dan sebagainya. Setiap persinggahan pelabuhan ke atas setiap kerajaan yang ada pasti 50 hingga 80 buah kapal akan berlabuh dan tidak pulang ke China. Tujuan anak-anak kapal tersebut adalah bukan setakat menetap tetapi membantu mengembangkan agama Islam ke atas masyarakat pribumi. Contohnya perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah dan juga pertolongan Cek Ko Po yang menubuhkan kerajaan Islam Demak seterusnya meruntuhkan kerajaan Majapahit. Keruntuhan kerajaan Majapahit menyebabkan pengislaman beramai-ramai rakyat Pulau Jawa, Sumatera dan Kalimantan.Pengislaman Parameswara yang dibantu oleh Laksmana Cheng Ho bersama dengan para pedagang India dan Arab.Ini merupakan salah satu perubahan ke atas masyarakat Melayu keseluruhannya dari agama Hindu Buddha kepada Islam.

Pada tahun 1790, Bukhara di bawah taklukan Dinasti Qing atau Manchu telah menghasilkan 30 ribu sarjana Islam dan merupakan tempat kelahiran Imam Bukhari.Pada zaman tersebut Bukhari merupakan serambi Mekah di kawasan Timur Jauh.Tetapi dasar Dinasti Manchu atau Qing ini menggunakan dasar pecah dan perintah ke atas wilayah-wilayah Cina dan Tibet yang ditakluki.Pemerintah Manchu atau Qing menggunakan kaum Han atau Cina bukan Islam sebagai tentera Manchu.Mereka ini ditugaskan di kawasan-kawasan Cina Muslim dan Tibet. Kebencian kaum dan perkauman digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan antara Cina Muslim dengan Cina bukan Islam dan Cina muslim dengan Tibet. Akibatnya berlaku semangat perkauman yang kuat dan kebencian terhadap Cina Muslim semakin bertambah. Akibatnya berlaku pemberontakan kaum Cina Muslim ke atas Dinasti Manchu yang boleh dibahagikan seperti berikut:

  1. Penentangan Milayin (1644-1710)
  2. Pemberontakan Zunghar Khanate (1755-1757)
  • Pemberontakan Panthay (1855-1873)
  1. Pemberontakan Dungan (1862-1877)
  2. Pemberontakan Boxer (1898-1901)

Penghijrahan Cina Muslim Ke Malaysia

 Hubungan orang Cina (Hua Xia) yang membawa maksud Negara China atau  Zhong Guo dengan dunia luar semakin menonjol sejak Dinasti Song Selatan. (1127-1279 masihi).Orang Cina pada zaman tersebut telah menunjukkan kesedaran mereka tentang identiti ras dengan menentang kemasukan agama termasuk agama Buddha yang diamalkan sejak keruntuhan Dinasti Han pada 221 masihi.Ini disebabkan orang Cina ingin memegang idea-idea tradisional dan universalisma kebudayaan mereka.Tetapi penubuhan Dinasti Manchu telah mengubah landskap ortodok pemikiran konsep ras. Kedatangan beramai-ramai orang Cina ke Nanyang (rantau Laut Cina Selatan) terutamanya Tanah Melayu disebabkan kelaparan, mala petaka alam, inflasi, peperangan, bilangan penduduk berlebihan dan penindasan.  Sebahagian orang Cina yang datang ke Tanah Melayu antara 1786 masihi sehinggalah selepas 1880an menggambarkan kedudukan mereka sebagai Hua-Qiao (tempat sementara sebelum pulang ke China).Sebahagian besar mereka yang telah tinggal melebihi 10 tahun di Tanah Melayu akhirnya memilih berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dan tidak mempunyai niat untuk pulang ke China.Akhirnya generasi Peranakan ini digelar Hua-Mu.Ini disebabkan sebilangan kecil mereka telah berkahwin dengan wanita Melayu dan memeluk Islam. Golongan ini telah melakukan proses asimilasi dengan masyarakat setempat. Menurut Lee Yok Fee (2004), bagi kebanyakan yang tidak memeluk Islam menyedari perlu adanya agama untuk mereka meneruskan kehidupan di Tanah Melayu.Mereka telah memilih agama Buddha dan Taoisma. Pembinaan kuil untuk menyembah Guan Yin, Tien Hou dan Guan Ti untuk mendoakan keselamatan nyawa dan harta, meminta dimurahkan rezeki dan mendoakan kesihatan seisi keluarga. Pengekalan ciri kecinaan diperkuatkan lagi dengan tradisi sambutan perayaan tradisional. Lee Yok Fee (2004), mengatakan kecinaan menerusi tradisi sambutan perayaan ini sangat bermakna sebab menghubungkan jiwa mereka dengan China. Ini boleh dilihat dengan sambutan perayaan Tian Gong yang jatuh pada hari kesembilan bulan pertama, Chap Goh Mei yang jatuh hari kelima belas bulan pertama, Qing Ming yang jatuh bulan ketiga Cina, Zhong Yuan iaitu perayaan musim hantu yang jatuh pada hari kelima belas bulan tujuh,, Zhong Qiu iaitu perayaan Kuih Bulan jatuh pada bulan lapan, perayaan tanglung dan juga bulan puasa antara tujuh hingga sembilan hari yang hanya memakan sayuran dan soya jatuh pada bulan Sembilan. Penggunaan kalendar China untuk mengira tarikh ritual dan perayaan seperti yang diamalkan di China masih diteruskan.Walaupun majoriti mereka tidak tahu menahu ajaran agama Buddha atau Taoisma yang sebenar.Ini disebabkan amalan ini dijadikan ikutan tanpa sebarang penjelasan yang konkrit.

Majoriti penghijrahan China Muslim ke Malaysia selepas tahun 1880an juga disebabkan perkara yang sama. Cuma penindasan Dinasti Manchu ke atas orang-orang Cina Muslim adalah lebih teruk.Tambahan musim kemarau yang berpanjangan telah merosakkan sebahagian besar tanah-tanah pertanian.Keadaan ini menyebabkan ramai kaum Cina Muslim memilih berhijrah daripada melakukan pemberontakan ke atas Dinasti Manchu.Penghijrahan beramai-ramai ini tertumpu kepada tiga kawasan iaitu Nanyang dan Benua Amerika.Ini disebabkan Dinasti Manchu membenarkan setiap penghijrah membawa bersama keluarga mereka.Kewujudan suku etnik Koay di Pulau Pinang dan juga penempatan China Muslim di Siah Boay membuktikan bahawa wujud komuniti Cina Muslim.Malahan di Terengganu perkampungan Cina Muslim sudah wujud di beberapa kawasan seperti Jeram dan Tepoh, Kuala Terengganu merupakan keturunan moyang rombongan Laksamana Zheng He.Manakala di Sabah dan Sarawak penempatan Cina Muslim tidaklah ketara sehingga kedua-dua negeri ini menyertai Malaysia.Pada tahun 1948, seorang konsulat China Muslim bernama Haji Ibrahim Tien Ying Ma (1900-1982) telah dilantik oleh kerajaan China untuk membantu komuniti China Muslim di Malaya.Beliau menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia atau PERKIM dan juga mengasaskan Persatuan Noor-El-Islam.Anaknya bernama Haji Mustapha Ma Qi merupakan salah seorang Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia.Kaum Cina lebih suka mengekalkan identity dan budaya mereka serta jarang berkahwin campur kerana budaya dan agama. Justeru pada sekitar tahun dari 1957 sehingga 1990, jumlah penduduk komuniti Cina Muslim di Malaysia hanya berjumlah lebih kurang 30 ribu hingga 35 ribu iaitu 0.3% daripada jumlah keseluruhan penduduk etnik Cina Malaysia. Bermula dari tahun 2000 pertambahan penduduk Cina Muslim telah meningkat sehingga antara 40 ribu hingga 50 ribu.Pada tahun 2014, jumlah komuniti Cina Muslim lebih kurang 70 ribu (Sin Chew Jit Poh).Sebahagian besar komuniti Cina Muslim yang memeluk Islam merupakan kelompok Cina Peranakan yang tinggal di luar bandar dan pinggir bandar.Komuniti Cina Muslim ini terdiri daripada golongan di bawah kelas B40.Ini disebabkan sebahagian kelompok komuniti Cina Muslim tidak mempunyai pendidikan pengajian tinggi dan bekerja sendiri.Semangat keCinaan sebagai satu politik, budaya dan identiti.Bagi sesetengah yang telah menjadi Cina Peranakan semangat keCinaan berkurangan.Enam kumpulan suku etnik utama dalam Cina Muslim iaitu Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew, Hainan dan Hokchiu.Etnik Hakka merupakan suku utama di Malaysia Timur, Johor Barat, Selangor dan Perak Selatan. Manakala Hokkien adalah suku utama di Pulau Pinang, Melaka, Kedah Selatan, Kelantan dan Terengganu. Suku Kantonis pula suku utama di Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Johor Timur, Perak Utara dan Sabah Utara. Suku Teochew pula suku utama di Perlis, Kedah Utara dan Pahang Utara.Setiap suku membawa budaya, pemikiran dan pemahaman yang berbeza.Justeru, pembahagian majoriti suku dalam Cina Muslim adalah Hokkien, Hakka dan Kantonis.Suku-suku lain ada tetapi merupakan minoriti dalam Cina Muslim.Kebangkitan komuniti Cina Muslim Malaya dalam arena politik pentadbiran negara ini bermula dengan penyertaan seorang tokoh Cina Muslim iaitu Tun Dato Haji Omar Ong Yoke Lin. Beliau merupakan seorang perintis yang terlibat dalam perjuangan kemerdekaan negara ini. Jasa beliau boleh dilihat dalam membantu negara ini menentang komunis dan chauvinis keCinaan yang membawa kepada peristiwa 13 Mei 1969. Beliau terlibat dalam PERKIM dan merupakan salah seorang yang  mengalakkan penubuhan Persatuan Cina Muslim pada tahun 1964 sewaktu menjawat jawatan Menteri Tidak Berportfolio. Perjuangan komuniti Cina Muslim ini diteruskan oleh Haji Mustapha Ma dengan beberapa tokoh Cina Muslim yang lain.

 Penglibatan Cina Muslim Dalam Perpaduan Negara Bangsa

 Teras perpaduan di Malaysia memerlukan pendekatan integrasi yang merangkumi kepelbagaian etnik, budaya dan agama.Islam merupakan teras utama dalam soal perpaduan. Bagi menjayakannya perpaduan ummah perlu digerakkan terlebih dulu disebabkan majoriti penduduk Malaysia iaitu 70 peratus penduduk Malaysia adalah Islam pada tahun 2015 daripada 30 juta penduduk pada tahun 2015. Komuniti Cina Muslim yang berjumlah 70 ribu sepatutnya menjadi perantara dalam teras perpaduan di negara ini.Antaranya memupuk sikap kebersamaan antara komuniti Cina Bukan Islam dengan komuniti Melayu Islam.Penggerak penyatuan perpaduan ini boleh dimulai dengan seniman dan ahli sukan.Kedua-dua kerjaya ini melangkaui batas politik, budaya dan agama.Walaupun begitu, sifat keegoan dan pentingkan keduniaan perlu dikikis bagi menggantikan sifat kebersamaan. Dalam apa jua permainan sukan isu kalah menang adalah satu adat dan yang paling penting adalah kebersamaan minat manusia dalam kesukanan. Justeru, sifat kebersamaan amat penting daripada sifat ketunjangan dalam sesuatu isu.Berbalik kepada konsep kebersamaan dalam membuat keputusan merupakan nilai penting dalam kemashalatan masyarakat.Ini disebabkan perpaduan adalah milik manusia dan berbalik kepada manusia yang merupakan rangkuman emosi, fizikal dan kerohanian. Untuk melihat masa depan sesuatu bangsa maka lihatlah generasi mudanya, Jika generasi mudanya rosak maka rosaklah masa depan bangsa itu. Maka perpaduan negara bangsa perlu disemai dan ditanam dalam generasi muda.Di sini, komuniti Cina Muslim boleh memainkan peranan dalam penyatuan antara Cina bukan Islam dan Melayu Islam.Generasi muda hari ini lebih ke arah sukan dan muzik. Maka, para seniman dan seniwati perlu menerapkan lirik patriotik  yang puitis, pramasastra dan balaghahnya yang segar. Tujuannya adalah menyedarkan masyarakat khususnya generasi muda mengenai keutamaan patrotisma dalam menyelesaikan isu yang berlaku dalam negara hari ini.Manakala, sukan mampu memupuk semangat hormat menghormati dan kepunyaan bersama dalam mana-mana permainan.Galakkan ini perlu diterapkan di peringkat sekolah lagi.

Pergaduhan dalam permainan sukan terutamanya sukan bola sepak bukan satu adat warisan atau kebiasaan dalam masyarakat Timur.Kaedah perpaduan yang boleh menjurus kepada dakwah Islamiah adalah penggunaan konsep Ahlul Hilli Awl Aqdi.Konsep Ahlul Hilli Awl Aqdi merupakan pendekatan yang tidak terlalu rigid dan tidak terlalu fleksibel dalam menyatupadukan masyarakat.Konsep kebersamaan walaupun dengan mereka yang pakar ataupun rakyat marhean merupakan satu idealisma yang patut diamalkan oleh mana pemimpin-pemimpin dalam negara hari ini.Walaupun begitu, perjalanan sesebuah negara ditentukan oleh ahli-ahli politik yang memegang kuasa.Maka komuniti Cina Muslim perlu mempunyai seorang tokoh politik dalam usaha tersebut.Ini diakui semasa zaman Tun Dato Haji Omar Ong Yoke Lin, penyatuan dan penyelesaian konflik antara Cina bukan Islam dan Melayu Islam baru bermula.Usaha ini berada pada tahap minima disebabkan populasi Cina Muslim terlalu sedikit bilangan dan tidak mempunyai kuasa ekonomi dan sosial.Situasi ini telah berubah sejak tahun 2000, apabila semakin ramai tokoh-tokoh akademik seperti Prof Dr Mohd Ridhuan Tee dan tokoh-tokoh ahli perniagaan Cina Muslim semakin bertambah.Unjuran kuasa Cina Muslim turut berubah apabila populasi Cina bukan Islam semakin menurun.Maka usaha kebersamaan dan perpaduan ini mampu dicapai oleh negara bangsa.Ini disebabkan kuasa ini datang daripada rakyat dan masyarakat.Oleh itu, kesedaran perpaduan khususnya perpaduan negara bangsa perlu digerakkan pada peringkat masyarakat atau rakyat marhaen.Gerakkan ini perlu dipimpin oleh sebuah badan bukan kerajaan yang terdiri daripada berbagai lapisan tokoh masyarakat termasuklah cendiakiawan. Tanpa gerakkan ini, negara akan menuju kepada kehancuran dan kemusnahan disebabkan kebodohan yang ada menolak perpaduan demi kuasa, wang dan pangkat.Bagi memudahkan perpaduan negara bangsa yang melibatkan kerjasama Cina Muslim dan Melayu Muslim.Maka, konsep Ahlul Hilli Awl Aqdi perlu dihidupkan bagi mencapai matlamat perpaduan negara bangsa. Jika konsep ini tidak diwujudkan adalah sukar menyatukan melalui proses segregasi berbanding agalmasi atau asimalasi. Komuniti Cina bukan Islam lebih memilih segregasi kerana ingin mengekalkan identiti dan semangat keCinaan. Tetapi apabila seseorang Cina telah memeluk Islam, maka proses agalmasi lebih mudah. Bagi membolehkan proses agalmasi ini berlaku perlu diwujudkan satu hubungan asimalasi dahulu. Hubungan asimalasi ini amat penting dalam hubungan etnik di negara ini.Salah satu elemen bagi menjayakan asimalasi ini adalah dengan merapatkan saf Cina Muslim bersama Melayu Islam dalam hubungan dengan Cina bukan Muslim.Ini disebabkan Cina Muslim lebih memahami hubungan tradisi budaya dan agama dengan konsep perpaduan negara bangsa.Justeru komuniti Melayu Muslim perlu membawa masuk dan membantu komuniti Cina Muslim dalam perpaduan negara bangsa. Komuniti Cina Muslim lebih berupaya menjalankan proses agalmasi dan menghapuskan segrerasi. Maka, konsep Ahlul Hilli Awl Aqdi adalah satu pilihan.

Konsep Ahlul Hilli Awl Aqdi adalah satu bentuk Shura yang disyariatkan dalam Islamseperti yang terkandung dalam dua ayat Al-Quran dan banyak hadith yang mengisahkannya.Konsep ini telah diamalkan sejak perlantikan Sayyidina Abu Bakar. Dikisahkan Nabi Muhammad s.a.w hanya bershura dengan sahabat dan adakalanya dengan ketua-ketua kabilah ataupun ‘urafa dan nuqaba termasuk dengan yang pakar dalam bidang tersebut dan ahli-ahli Madinah. Di zaman Sayyidina Umar terdapat 6 orang shura yang merupakan pengganti beliau ketika tiada.Shura digunakan untuk membicarakan kemaslahatan masyarakat dan berjaya menyatukan perpaduan kepelbagaian kabilah di Arab Saudi.Turabi dan Ghannoushi mengatakan semakin luas shura digunakan semakin baik sesuatu system pemerintahan.Ini disebabkan shura merupakan prinsip kepada kebebasan politik, perdebatan idea dan pemberdayaan warga. Dalam Al-Quran, Nabi diajar untuk bershura dengan kaum Ansar walaupun dalam kalangan mereka ada yang terpelajar. Dalam ayat “fas al ahl al-dhikir” merupakan asbab nuzulnya mengenai pemberdayaan warga dalam kebebasan politik.Warga tidak dianggap sebagai bodoh dan perlu diajarkan kepada pemerintah. Demokrasi yang diamalkan hari ini berasal dari perkataan demo iaitu rakyat dan krasi iaitu kuasa. Justeru kuasa rakyat merupakan asas utama kebebasan politik dalam menentukan pemerintah.Konsep shura yang berasaskan kepada amar maruf nahy munkar merupakan satu definisi perlu dihayati. Kisah ini berlaku sewaktu Sayyidina Umar tunduk kepada pendapat seorang wanita mengenai had mahar perkahwinan. Perkara ini dikritik oleh Sayyidina Ali dan Sayyidina Umar menerimanya secara terbuka.Isu ini dibicarakan oleh Iman Al-Ghazali dalam Ihya Ullumudin.Justeru konsep ini perlu dipratikkan dalam politik Malaysia hari ini.

 Interakasi Budaya Cina Muslim dan Dakwah Islamiah

 Pembentukan kenegaraan adalah berdasarkan kepada etos bangsa, patriotisma, solidariti, keterikatan antara etnik-etnik yang ada dan akhir sekali kemajuan sesebuah negara.Negara yang makmur, aman dan mempunyai konflik etnik yang minima menunjukkan rakyat dalam negara tersebut hidup dalam bahagia dan gembira. Tahap-tahap pembangunan sesebuah negara perlu bertitik dari sebuah negara miskin menjadi moden dan seterusnya kosmopolitan. Pencapaian sebuah negara kosmopolitan bermakna wujudnya sifat kemakmuran kepada kebajikan negara.Dewasa ini, negara kita telah mencapainya taraf kebajikan negara yang bererti kita sudah berjaya mengharungi segala keperitan hidup sewaktu merdeka.Kita perlu bersyukur bahawa negara ini masih mempunyai harapan pendemokrasian dalam hubungan antara etnik negara ini. Politik permuafakatan yang dijunjungi sewaktu merdeka perlu dihidupkan semula demi keamanan dan kesejahteraan masyarakat generasi akan datang. Justeru kita perlu memahami hubungan etnik.Antaranya pendekatan prejudis (Banton, 1959), pendekatan penghijrahan (R.E. Park, 1980, S. Patterson, 1968), pendekatan pluralisma (Furnivall, 1965), pendekatan pembangunan kemanusian dalam hubunga etnik (Dudley Seers, 1969), pendekatan pembangunan dalam hak kebebasan etnik (Amartya Sen, 1999) dan pendekatan etnisiti (Barth, 1969). Kehidupan berbagai-bagai etnik ini hidup berpecah belah dalam masyarakat majmuk tetapi terdapat tiga jenis hubungan yang mengikat mereka iaitu ikatan normatif seperti agama, budaya, bahasa, pemikiran dan cara hidup. Ikatan kedua adalah paksaan terdiri daripada unit-unit politik dan ekonomi.Ikatan ketiga adalah ciri-ciri kontak sosial, ciri-ciri fizikal, makanan dan tempat tinggal.Polarisasi kaum yang wujud hari ini adalah disebabkan warisan terdahulu yang tidak mahu bercampur dan melunturkan semangat etnik mereka.Ini disebabkan wujudnya hilang identiti dan jati diri etnik masing-masing. Dalam erti kata lain, sifat mementingkan diri lebih utama daripada keutamaan bermasyarakat. Sikap positif mencari titik persamaan dalam hubungan interpersonal dalam kalangan masyarakat amat penting bagi pembinaan sebuah negara bangsa.Hal ini menunjukkan seluruh negara dunia mendapati bahawa pembangunan mempunyai hubung kait dengan jurang ketidaksamaratan yang menyebabkan satu pihak menjadi pemenang dan satu pihak mengalah. Ini bererti dalam dunia demokrasi, kelemahan tadbir urus dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan bukan sahaja akan dipolitikkan oleh parti-parti pembangkang tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan. Dalam zaman teknologi data maklumat di negara ini yang mempunyai berbilang etnik dan komunti akan menghadapi halangan dan cabaran kehidupan bersama. Ini disebabkan perkiraan etnik, budaya dan agama sering kali dijadikan isu panas sehingga berlakunya asakkan politiking yang berteraskan politik etnik dalam media sosial.Peranan media sosial yang tidak beretika dan tidak menghormati perasaan dan emosi pengguna alam maya menyebabkan berlakunya konflik etnik. Malaysia merupakan sebuah negara moderat, maju, bertolak ansur dan mengamalkan keperintahan undang-undang (rule of law) telah diyakini oleh semua etnik bahawa negara ini sebenarnya selamat diduduki, dikongsi sama dan diraikan bersama.

Manakan tidak negara lain melayani etnik-etnik imigrannya setaraf dengan etnik pribumi. Walaupun etnik Cina dan India telah mempunyai hubungan perdagangan dan perkahwinan dengan etnik pribumi ini sejak tertubuhnya dinasti Funan seawal kurun satu masihi.Justeru, hubungan etnik yang berlaku sejak merdeka sehingga hari ini adalah berbeza dengan hubungan tersebut.Tetapi, hubungan ini hanya setakat perdagangan dan bukannya pendudukan di negara ini.Walaupun berlakunya kesedaran politik baru semenjak tahun 1997 yang menyatupadukan rakyat berbilang etnik untuk bangkit bersama menuntut perubahan dan reformasi politik pentadbiran negara ini. Golongan reformasi yang menuntut budaya politik baru ini mempunyai tiga agenda utama iaitu:

  1. Menuntut kebebasan bersuara, berpersatuan, hak asasi, akses maklumat awam, penglibatan dalam keputusan awam dan pendemokrasian institusi awam.
  2. Menuntut nilai-nilai politik seperti akauntabiliti, transparensi, integrity, urus tadbir yang baik dan amanah. Akhir sekali keadilan sosial untuk setiap etnik di negara ini.
  • Menuntut perubahan dalam pentadbiran awam negara seperti isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, isu federalisma dan akses ke atas institusi kerajaan bagi etnik bukan Melayu.

Tetapi keadaan hari ini lebih baik daripada sewaktu tahun 1997.Pendemokrasian dan kematangan rakyat hari ini lebih utuh disebabkan kebosanan rakyat ke atas amalan-amalan parti politik tertentu yang membakar parameter perbezaan etnik, budaya dan agama di negara ini.Kewujudan chauvinis dan pelampau perkauman dan agama sememangnya wujud di semua negara yang mempunyai berbilang etnik.Kita bernasib baik di Malaysia tahap keperintahan undang-undang dan kematangan rakyat telah menyebabkan hubungan etnik ini semakin kurang konfliknya. Teori Pembangunan Acuan Malaysia adalah berdasarkan kepada tiga faktor utama iaitu:

  1. Teori sosiologi pembangunan berteraskan sistem kapitalis dan pasaran sedunia yang digunakan sebagai asas ekonomi negara kita. Ini membenarkan semua individu tanpa mengira etnik, darjat dan agama untuk memiliki kekayaan dan kemakmuran negara ini.
  2. Teori pergantungan dan politik ekonomi ditolak. Teori ekonomi kelas dijadikan kerangka asas dalam memahami pengagihan pembangunan kekayaan negara ini. Malahan teori ekonomi kelas digunakan untuk menyelesaikan jurang sosial dalam masyarakat.
  • Permasalahan pembangunan masyarakat dalam berbilang etnik ini diselesaikan dan diperkukuhkan dengan teori sosiologi modenisasi.

Peluang sosial mobiliti yang terbuka telah menyebabkan rakyat mampu bersuara untuk menyatakan hak perasaan dan emosi mereka tanpa takut dibunuh atau diseksa seperti negara-negara lain. Ini disebabkan wujudnya kerajaan yang berjaya mengurus perbezaan, mencari akomondasi, tolak ansur dan persetujuan bersama dalam membuat keputusan awam.Inilah formula kejayaan negara kita yang menggunakan tawar-menawar dan perundingan dan bukannya kontestasi.Maka hubungan Cina Muslim dengan etnik-etnik lain perlu berdasarkan kepada situasi etnik Cina Sarawak.Contohnya, Negeri Sarawak. Sarawak mempunyai 28 etnik utama dari persamaan bahasa atau dialek, adat budaya dan agama.Apabila membicarakan hubungan etnik di Negeri Sarawak, ramai tidak faham bahawa hubungan etniknya berteraskan tolak ansur, murni dan permuafakatan.Walaupun kedudukan etnik Iban sebagai majoriti tetapi sifat tolak ansur kelihatan lebih baik daripada hubungan etnik di Semenanjung.Justeru, komuniti Cina Muslim di Semenanjung perlu berusaha untuk mengasimilasikan diri dengan persekitaran komuniti Melayu Muslim.Ini disebabkan komuniti Melayu Muslim merupakan teras masyarakat Islam di negara ini.Selain itu, komuniti Melayu Muslim perlu melayan semua etnik yang beragama Islam mengikut prinsip persaudaraan dan keadilan Islam.Islam mempunyai keunikan di negara ini kerana terdiri daripada kepelbagaian ras.Sifat etnik Melayu yang menganggap semua etnik yang memeluk Islam adalah dianggap Melayu hatta Cina Muslim yang berkahwin dengan Cina Muslim turut dianggap Melayu.Tetapi dalam tradisi budaya Cina berbeza.Orang Cina yang memeluk Islam masih menganggap dirinya sebagai Cina cuma berlainan agama.Isu ini selalu disalah ertikan oleh etnik Melayu Muslim yang menganggap mereka ini sebagai muallaf.Justeru, istilah muallaf sendiri merujuk kepada mereka yang menjinakkan diri dengan Islam.Selepas seseorang itu memeluk Islam bukan lagi dianggap muallaf tetapi digelar saudara atau saudari Muslim.Justeru, agenda komuniti Cina Muslim perlu melihat kepada agenda Cina dan Islam.Agenda Cina dan Islam ini tidak boleh dilihat sebagai rasis dan menyebelahi mana-mana etnik.Sebaliknya adalah untuk menghidupkan dakwah Islamiah dalam komuniti Cina Bukan Islam.Dakwah Islamiah dalam kalangan Cina Bukan Muslim perlu berteraskan kepada prinsip keadilan Islam yang tidak merelakan perlakuan diskriminasi.Ini bertujuan untuk mendapatkan pengiktirafan daripada golongan Cina Bukan Islam.Pengiktirafan dakwah Islamiah ini membolehkan etnik Cina Muslim mendekati tiga golongan dalam komuniti etnik Cina Bukan Muslim.

Golongan pertama adalah golongan yang terlibat dalam perekonomian dan perniagaan.Komuniti Cina Muslim perlu mengetepikan perasan emosional bila berdakwah kepada golongan ini.Golongan peniaga lebih mudah mengadaptasikan diri dengan suasana persekitaran.Semangat keCinaan mereka tidaklah setebal seperti golongan kedua dan ketiga.Kadang kala golongan pertama ini mempunyai kelupaan kepada konsep Zhi iaitu kebijaksanaan, kehikmahan dan kebenaran.Amalan ini tidak dipratikkan telah menyebabkan mereka sukar berasimilasi dengan masyarakat setempat khususnya komuniti Melayu Muslim.Maka etnik Cina Muslim perlu menggunakan konsep dakwah perekonomian supaya menjadi satu epilog yang terlekat dalam sanubari generasi golongan pertama ini.Justeru, keamanan, keselamatan dunia dan akhirat perlu dikembangkan dalam konsep Zhi.Golongan pertama ini lebih mudah menerima amalan pratik Islam.Cuma mereka ini perlu diajak dan dijinakkan dengan kebaikan Islam seperti konsep Halal dan Haram.Golongan kedua adalah golongan pendidik, kelas pekerja dan lain-lain yang memperjuangkan pendidikan dan pekerjaan.Mereka ingin menikmati pekerjaan dalam kerajaan negeri atau persekutuan termasuklah melanjutkan pendidikan di peringkat pengajian tinggi.Golongan ini turut mahukan kewujudan pengiktirafan Sekolah Swasta Cina yang mendapat bantuan kewangan dari kerajaan secara adil dan sakasama.Pemberian ini dianggapkan sebagai politik murni dan kebersamaan.Justeru, komuniti Cina Muslim perlu mewujudkan satu aliran pendidikan Islam yang berelemenkan sekolah swasta Cina seperti madrasah tahfiz Cina.

Golongan ketiga adalah mereka yang terlibat dalam politik yang inginkan satu bentuk pemerintahan keCinaan tanpa melihat kepada konsep negara bangsa. Ini yang berlaku semasa tahun 60an hingga 90an. Tetapi masih berulang lagi sejak 2008 sehingga mereka dilabelkan Ultra Kiasu berkaitan kontrak sosial. Berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara, etnik Cina langsung tidak mendapat kedudukan politik mahupun pengiktirafan pendidikan Cina hatta kerakyatan juga menjadi masalah. Jika dilihat di negara lain di Asia Tenggara, kesemua negara-negara tersebut tidak membenarkan pendidikan Cina dan dipaksa mengagamalsikan ke dalam masyarakat pribumi. Tetapi di Malaysia, kedudukan etnik Cina menikmati peluang yang lebih baik berbanding rakan-rakan lain di Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei, Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.Justeru, etnik Cina perlu disedarkan oleh komuniti Cina Muslim bahawa mereka tidak boleh menunding jari mengatakan mereka ditindas dan dilayan kelas kedua di negara ini.Dilema Diaspora etnik Cina di Malaysia sebenarnya tiada seperti menurut Profesor Wang Gu Wu. Komuniti Cina Muslim mampu menjalankan dakwah Islamiah yang lebih mudah ke atas golongan yang melibatkan diri dalam perekonomian dan perniagaan berbanding dua golongan kemudian.Ini disebabkan kepimpinan persatuan dan pertubuhan yang mewakili Cina Muslim memerlukan kekuatan pengaruh dalam kalangan pemimpin-pemimpin Cina Bukan Islam.Tujuannya adalah untuk menyuburkan pembangunan Islam dalam konteks perpaduan negara bangsa.Interaksi Cina Muslim dengan Melayu Muslim adalah lebih mudah diterjemahkan ke dalam komuniti Cina Bukan Islam.Jika material dan kekayaan dijadikan alat kejayaan di dunia maka tanggungjawab sebagai rakyat negara ini juga perlu diutamakan.Komuniti Cina Bukan Islam hari ini lebih mudah mengadaptasi persekitaran untuk kelangsungan hidup yang berpaksikan material dan kekayaan.Tetapi mereka lupa bahawa kenikmatan yang diberikan seperti kerakyatan, pendidikan Cina, kebebasan bersuara, kebebasan beragama, pemilikan tanah dan sebagainya adalah satu rahmat yang lebih bererti daripada material dan kekayaan.Manakala bagi golongan pendidik dan kelas pekerja Cina Bukan Islam perlu dipimpin untuk menghayati citranegara keMalaysiaan. Mereka perlu fikirkanlah bahawa apa yang komuniti Cina Bukan Islam Malaysia perolehi jauh lebih baik berbanding imigran-imigran etnik Cina di negara-negara lain di Asia Tenggara. Bukankah itu menunjukkan komuniti Cina Bukan Islam dihargai berada di Malaysia dan masih terdapat ruang untuk berbincang dalam penambahbaikkan hidup mereka.Inilah peluang untuk komuniti Cina Muslim berunding dan berbincang mengenai masa depan kelangsungan hidup komuniti Cina di Malaysia. Maka komuniti Cina Muslim perlu mengubah landskap sosio budaya masyarakat Cina hari ini.Salah satu tugas utama komuniti Cina Muslim adalah memartabatkan agama tauhid Islam ke dalam pembudayaan etnik Cina Bukan Islam.Konsep ini merupakan satu penjenamaan Islam dalam bentuk agalmasi antara dua etnik di Malaysia. Konsep yang ingin melihat etnik Cina dianggap sama taraf dan tiada perbezaan keistimewaan dengan etnik Melayu dalam prinsip keadilan Islam. Justeru, keadaan ini akhirnya membentuk masyarakat harmoni yang terasnya Islam dan mewujudkan sikap tolak ansur yang difahami oleh setiap ahli dalam etnik Cina dan Melayu. Percampuran etnik pada hari ini amat penting bagi meneruskan kelangsungan hidup negara  selain daripada menyuburkan perkembangan Islam di Malaysia.

Perjalanan liku-liku kehidupan seorang Cina Muslim untuk melepasi daripada ujian keimanannya sememang lebih banyak duri daripada kemanisan.Justeru seorang Cina Muslim tidak perlu berpaksikan chauvinisme dan rasisme.Sebaliknya setiap tutur kata perluberkonsep perpaduan negara bangsa dan dakwah Islamiah yang menekankan kepada ikatan persaudaraan, semangat setiakawan dan saling membantu selaras dengan tuntutan Islam dan konsep Zhi. Ini tidak menyalahi konsep Unity in Diversity  (bersatu dalam kepelbagaian) yang ditekan dalam Islam. Konsep Zhi menekankan kepada empat ciri utama iaitu banyak mendengar, banyak melihat, banyak bertanya dan banyak mengenali. Hasilnya akan melahirkan kebijaksanaan, kehikmahan dan kebenaran. Ini menyebabkan Konfusius mengingati manusia mengenai empat jenis kesalahan jika konsep Zhi digunakan, iaitu jangan buruk sangka, jangan terlalu pasti, jangan terlalu bertegas dan jangan terlalu keakuan.Konfusius juga menekankan penggabungan antara pembelajaran dengan berfikir dan bertanya. Keselarasan etika Konfusianisme dengan pandangan Islam adalah yang mendasari antara manusia dengan makhluk lain dan turut berkongsi pandangan dari sudut pengagihan keadilan, kepimpinan dan persamaan. Justeru adalah tidak salah jika seorang Cina Muslim menunjukkan kemuliaan persaudaraan dengan mewarna-warnikan apa yang menjadi hak antara kedua-dua etnik  iaitu Melayu Muslim dan Cina Bukan Islam yang mempercayai ajaran kewujudan Tuhan. Elakkan perpecahan yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan kelompangan konsep Zhi dalam menyepadukan perpaduan negara bangsa bukan sahaja dalam kalangan Melayu tetapi juga antara etnik-etnik bukan Melayu di negara ini.Justeru perpaduan negara bangsa merupakan satu kaedah dalam dakwah Islamiah yang perlu dilaksanakan oleh komuniti Cina Muslim di Malaysia.

Perpaduan dan Integrasi Negara Bangsa

Diaspora etnik Cina sebenarnya tidak wujud menurut Profesor Wang Gu Wu. Ini disebabkan perkataan diaspora diperkenalkan oleh ahli-ahli politik Cina yang chauvinis keCinaan. Menurut Wang, sebenarnya komuniti Cina Seberang Laut khususnya di Malaysia mempunyai kelebihan dari segi ekonomi, pendidikan dan politik. Adalah sukar untuk etnik majoriti Melayu untuk menembusi penguasaan ekonomi oleh etnik Cina Malaysia.Malahan setiap perancangan dalam strategi eknomi dilaksanakan seiring dengan matlamat sosio politik etnik Cina. Justeru, peristiwa Plaza Low Yatt yang berlaku pada 13hb Julai 2015 merupakan satu ujian ke atas perpaduan negara bangsa di negara ini. Walaupun peristiwa ini bermula dengan isu penipuan jualan telefon yang merupakan isu jenayah perdagangan.Tetapi telah bertukar kepada isu perkauman apabila melibatkan si penjual etnik Cina dan si pembeli etnik Melayu.Justeru peranan komuniti Cina Muslim dalam penyelesaian isu seperti ini.Kejadian ini perlu dirujuk kembali sejarah perjuangan pemimpin-pemimpin negara yang berusaha menyatupadukan rakyat negara ini sejak kepimpinan Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan negara kita termasuklah peranan Tun Dato Haji Omar Ong Yoke Lin. Tunku pernah berkata bahawa sokongan kaum bukan Melayu dalam memperolehi kemerdekaan Tanah Melayu adalah amat penting. Kenyataan Tunku boleh digambarkan dan dalam Perhimpunan UMNO ke sebelas, Tunku berkata,

“Walaupun UMNO merupakan parti Melayu yang terbesar tetapi kedudukan UMNO amat berlainan dengan parti-parti bukan Melayu kerana tanggungjawab kita bukan terletak pada nasib kaum Melayu tetapi juga kaum-kaum lain. Justeru, saya percaya Tanah Melayu mampu mendapatkan kemerdekaan dengan adanya kerjasama dengan kaum bukan Melayu.Malahan, UMNO telah bersumpah untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa adanya pertumpahan darah maka kita patut mempertimbangkan hak kita sebagai bangsa bermaruah tanpa mengabaikan hak-hak kaum bukan Melayu dalam perjuangan kemerdekaan. Kita harus berbangga bahawa kaum bukan Melayu yang bekerjasama dengan kita dalam perjuangan ini telah melafazkan ketaatsetiaan terhadap Tanah Melayu sebagai tanah air mereka”

Petikan kata-kata Tunku ini mencerminkan bahawa Tunku amat menitik beratkan perpaduan kaum tanpa mengabaikan hak kaum Melayu sebagai pribumi Negara ini.Malahan Tan Cheng Lock turut mengakui hak kaum Melayu sebagai hak kaum pribumi di Negara ini dan beliau hanya menuntut kerakyatan Negara ini yang dianggapnya sebagai rahmat besar terhadap kaum Cina dan bukan Melayu. Justeru, sokongan kaum bukan Melayu ke atas Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan oleh Tun Abdul Razak juga merupakan satu penanda aras ke atas perpaduan kaum di negara ini. Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan oleh Tun Abdul Razak menitikberatkan soal pembangunan luar bandar dan perpaduan kaum yang merupakan dasar utamanya.Ini adalah disebabkan Malaysia didiami oleh sebuah masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai etnik dan memerlukan satu dasar yang dapat menyatupadukan rakyatnya.J.S. Furnival mentafsirkan masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik (kaum) dan hidup dalam sebuah negara, tetapi dipisahkan oleh ciri-ciri ekonomi, tempat tinggal, sosial dan budaya.Etnik dan bahasa yang pelbagai di Malaysia memerlukan kekuatan perpaduan dan integrasi yang tinggi bagi menjadikannya aman dan harmoni. Justeru, perpaduan negara diperlukan kerana ia boleh melaksanakan penyatuan secara fizikal antara negeri-negeri dan anggota masyarakat seluruh Malaysia. Malahan, integrasi nasional digunakan sebagai satu konsep yang lebih luas iaitu proses penyatuan antara kelompok-kelompok yang berbeza latar belakang yang menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama. Hasilan ikatan batin akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati di antara kaum. Dalam teori hubungan kaum yang mengistilahkan beberapa konsep seperti berikut :

  1. i) Segregasi iaitu merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan; tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.Wujud samada didasari undang-undang (de jure), atau tidak (de facto). Contoh segregasi de jure ialah dasar apartheid yang pernah di amalkan di Afrika Selatan
  2. ii) Akomodasi adalah merupakan proses mempertahankan nilai dan norma-norma etnik masing-masing. Walau bagaimanapun mereka hidup harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Di peringkat pemerintahan pusat setiap etnik hantar wakil. Namun dalam institusi-institusi tertentu mereka saling saling bergantungan antara satu dengan yang lain. Contoh negara yang menggunakan dasar tersebut adalah Switzerland, Jerman dan sebagainya.

iii) Akulturasi ialah asimilasi budaya. Ianya terjadi apabila manusia dalam kumpulan minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola tingkah laku iaitu budaya golongan majoriti. Proses meminjam atau menerima budaya golongan majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal kaum minoriti telah menjadikan Negara tersebut wujud dalam satu budaya kaum  majority. Contoh Negara yang melaksanakan akulturasi ialah Thailand, Indonesia, Filipina dan sebagainya.

  1. iv) Asimilasi pula adalah juga dikenali sebagai asimilasi struktur. Proses kemasukan ke dalam masyarakat dominan melalui persahabatan dan perkaitan rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza, iaitu berdasarkan kepada perbezaan fizikal ( seperti warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan. Contohnya, dasar politik pentadbiran yang digunakan oleh Tun Abdul Razak dalam menyatupadukan masyarakat Malaysia pelbagai etnik.
  2. v) Amalgamasi ialah proses percampuran ras atau budaya bagi membentuk satu budaya atau ras yang baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan antara etnik atau ras dalam negara tersebut. Contohnya Negara Amerika Syarikat yang menggunakan pendekatan tersebut dalam proses perpaduan negara mereka.

Tragedi 13hb Mei 1969 yang berlaku adalah disebabkan oleh isu perpaduan kaum. Faktor-faktor kegagalan integrasi kaum yang dikenal pasti adalah seperti berikut :

  1. Wujudnya prasangka kaum di antara bukan Melayu dan Melayu disebabkan oleh jurang pengagihan kekayaan Negara. Kaum Melayu yang ketinggalan dalam ekonomi dikatakan menguasai politik pentadbiran Negara dan menggunakan kuasa politik pentadbiran untuk kepentingan kaum Melayu. Manakala, kaum bukan Melayu pula dikatakan menguasai ekonomi dan kekayaan Negara sehinggakan peluang perniagaan dalam bentuk ekonomi tidak diberikan kepada kaum Melayu. Keadaan ini menyebabkan kedua-dua kaum Melayu dan bukan Melayu sering kali mempunyai persepsi yang negatif di antara mereka.
  2. Masalah perkauman yang timbul disebabkan oleh dasar pecah dan perintah oleh pihak British semasa menjajah Negara kita masih tidak diambil sebarang langkah untuk menanganinya. Keadaan ini jelas kelihatan apabila sesuatu kaum dikenali dengan sektor bidang yang mereka ceburi. Kaum Melayu dikenali sebagai petani, nelayan dan penoreh getah. Manakala, kaum Cina dikenali sebagai peniaga, pengusaha dan pekilang. Kaum India pula dikenali melalui penglibatan dalam bidang perindustrian getah. Hanya segelintir kaum Melayu yang terlibat dalam sektor perkhidmatan awam kerana sebahagian pegawai-pegawai awam adalah terdiri daripada ekspatariat-ekspatariat British yang masih meneruskan tugas mereka untuk membantu kerajaan dalam menghadapi ancaman komunis. Justeru, majoriti kaum Melayu masih buta huruf jika dibandingkan dengan kaum bukan Melayu dan keadaan ini menambahkan kadar kemiskinan yang tinggi di kalangan kaum Melayu. Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan tetapi kaum Melayu yang merupakan majoriti dan penduduk asal Negara ini berasa mereka dipinggirkan. Akibatnya, perasaan perkauman telah mempengaruhi sebahagian kaum Melayu yang tidak puas hati dengan politik pentadbiran Tunku.

Akibatnya, peristiwa 13 Mei 1969 berlaku disebabkan oleh luahan perasaan tidak puas hati dan tugasan integrasi kaum ini diserahkan kepada Tun Abdul Razak.Tun Abdul Razak memperkenalkan kaedah asimilasi yang merupakan asas perpaduan kaum di Malaysia.Adalah menjadi tugas komuniti Cina Muslim untuk menjayakan perpaduan negara bangsa dan pada masa melaksanakan tugas dakwah Islamiah di Malaysia.

Toleransi Budaya dan Agama

 Toleransi budaya dan agama ini disebabkan kejayaan Dasar Ekonomi Baru yang dapat memupuk rasa hormat dan menerima budaya serta agama kaum lain. Kelahiran toleransi budaya dan agama ini wujud kerana berlakunya perubahan mentaliti dan kelakuan rakyat khususnya kaum Melayu yang disebabkan oleh peningkatan tahap pendidikan dan status ekonomi.Kedua-dua faktor ini amat penting dalam melahirkan masyarakat yang sihat tanpa wujudnya prasangka kaum. Pembahagian kek kekayaan negara yang adil dan saksama di antara kaum dapat memberi ruang kepada kaum lain mengamalkan budaya dan agama masing-masing tanpa cuba mempengaruhi dan mengganggu antara satu sama lain. Faktor utamanya berlakunya tragedi 13hb Mei 1969 adalah berpunca daripada pembahagian kek kekayaan Negara yang tidak adil yang menjurus kepada wujudnya prasangka kaum dan ketidak puas hati terhadap sesuatu kaum berbanding kaum lain.Justeru, komuniti Cina Muslim perlu memahami bahawa toleransi budaya dan agama merupakan teras perpaduan dan pembinaan negara bangsa ini.Di sinilah peranan komuniti Cina Muslim dalam merapatkan hubungan antara etnik Melayu dan Cina Bukan Islam.Tetapi sejak tahun 2008, telah wujud satu kumpulan komuniti Cina Muslim yang merupakan golongan Sinkheh yang datang ke Tanah Melayu selepas tahun 1880an telah memperjuangkan multi-kultural. Perjuangan multi-kultural sebenarnya memberikan satu permasalahan kepada proses integrase negara bangsa. Ini akan menyebabkan fahaman identiti dan semangat keCinaan diasingkan daripada teras majoriti etnik Islam di negara ini. Sebenarnya sebuah negara yang kukuh dan kuat hanya terdiri daripada satu budaya mazhab agama sahaja.Pengasingan daripada aliran budaya mazhab etnik Melayu ini sebenarnya mampu menarik golongan Sinkheh yang masih menebal semangat keCinaan untuk memeluk Islam.

Tetapi permasalahan akan timbul selepas generasi seterusnya kerana usaha perpaduan negara bangsa akan terbantut apabila tiada wujudnya toleransi budaya dan mazhab agama. Situasi ini boleh difahami kerana etnik Melayu Islam yang merupakan majoriti Muslim di negara ini akan mengenakan satu dasar polisi yang berteraskan kepada kedudukan etnik Melayu Islam. Tambahan pula etnik Melayu Islam yang merupakan etnik pribumi di negara ini perlu diakui.Walaupun Islam melangkaui garisan etnik dan budaya tetapi manusia suka ketagih dengan sifat keetnikan dan mazhab agama.Justeru, penyelesaian bagi pertikaian ini perlu dilihat dari segi konsep kebersamaan dan kekitaan dalam persaudaraan Islam.Usaha penjernihan perlu dilakukan segera bagi membentuk idealisme konsep ini dalam kalangan generasi pelanjut perjuangan umat Islam di negara ini.Program tarbiah Nubuwwah perlu dilaksanakan antara komuniti Cina Muslim dan komuniti Melayu Muslim bagi melahirkan sejumlah tokoh besar dalam berbagai-bagai bidang bagi membuktikan Islam itu melangkaui garisan etnik, fahaman, budaya dan mazhab.Penyatuan ini amat penting dalam menampilkan keunggulan Islam sebagai agama addin. Pemikiran simplistik dan memandang sinis antara satu sama lain sama ada golongan yang terlibat dalam gerakan multi-kultural dengan golongan yang anti multi-kultural tidak mampu menjanakan satu pengukuhan ikatan kebersamaan dan kekitaan persaudaraan Islam. Jika usaha pengukuhan ini tidak menyedarkan keinginan untuk hidup beragama berpandukan nilai-nilai Islam yang luhur. Maka usaha transformasi sosial masyarakat Muslim di negara ini akan menuju kegagalan dan kehancuran.Justeru, toleransi budaya antara komuniti Cina Muslim dan Melayu Muslim perlu wujud bagi mengukuhkan ummah tetapi diperlukan dalam usaha dakwah Islamiah di negara ini.

Penstrukturan Semula Masyarakat Malaysia

 Dasar afirmatif ditujukan kepada golongan yang kecil, tetapi terdapat negara yangmengamalkan dasar afirmatif kepada kaum yang majoriti.Dasar afirmatif sebenarnya berasaldari tempoh pemerintahan President Amerika Syarikat yang ke-35, John F. Kennedy dalam satuperintah pentadbiran.Dasar ini bukan merupakan sesuatu konsensi tetapi mengelakkanpenindasan terhadap kaum minoriti dalam negara pada jangka panjang.Namun, selepaspemerintahan Lyndon B.Johnson dan Richard Nixon, dasar afirmatif semakin mengembang,tidak kira dari pembinaan atau kemasukan ke sekolah dan sebagainya.Idea dasar affirmatif ini turut digunakan oleh Tun Abdul Razak dalam Dasar Ekonomi Baru.Melalui Dasar Ekonomi Baru, ramai cerdik pandai dan professional Melayu telah dilahirkan yang mengakibatkan tarafhidup orang Melayu bertambah baik dan kemiskinan dikurangkan khususnya kaum Melayu. Kajian tajaan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai ASLI telah menunjukkan bahawa “pemilikan ekuiti Bumiputera”dalam DEB telah tercapai. Hal ini turut disokong oleh satukajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM), bahawa Bumiputera telah mencapaipemilikan ekuiti sebanyak 33% sepuluh tahun yang lalu.Sebenarnya, apabila Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan 35 tahun lalu, ramai Bumiputera khususnyaMelayu cuba mencebur diri dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka tetapi tidak berjaya. Dasar Ekonomi Baru memberi peluang kepada kaum Melayumenerokai pelbagai bidang perniagaan, termasuk sektor yang tradisinya tidak ada usahawanMelayu dengan pemberian pinjaman dan galakkan kerajaan seperti latihan dan nasihat tunjuk ajar daripada pegawai-pegawai kerajaan yang bertanggungjawab dalam sesuatu bidang. Melalui Dasar Ekonomi Baru, lahirlah segolongan usahawan Melayu hebat dan berjaya dan melahirkan lebih ramai usahawan Melayu dalam perniagaan.Dasar Ekonomi Baru turut melahirkan kelas pertengahan kaum Melayu yang merupakan satu instrumental dalam menghasilkanlebih ramai individu Melayu yang berpendidikan dan berkemahiran.Dasar Ekonomi Baru berjaya meramaikantenaga profesional dan pengurusan Melayu di peringkat tinggi dan membuka ruang untukorang Melayu berpeluang menceburi pelbagai bidang keusahawanan.Usaha ini memangkinkanpertumbuhan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.Akibatnya sebuah kelasmenengah Melayu telah berjaya diperbesarkan disebabkan berjaya menaikkan taraf hidup danpendapatan orang Melayu.

Pada permulaan Dasar Ekonomi Baru, orang Melayu hanya berpendapatan 44 senbagi setiap satu Ringgit pendapatan kaum bukan Melayu. Setelah berakhirnya, Dasar Ekonomi Baru pada tahun1990, orang Melayu telah berjaya merapatkan jurang pendapatan kepada 57 sen bagi setiap satuRinggit, pertambahan sebanyak 30%. Pegangan ekuiti Bumiputera meningkat daripada 2% padapermulaan DEB kepada 19% pada tahun 2000.Elemen ekonomi dalam penstrukturan semula masyarakat adalah amat penting dalam menjayakan matlamat perpaduan dan pembinaan negara bangsa.Dasar Ekonomi Baru sebenarnya telah membantu komuniti Cina keluar daripada kemiskinan.Impak daripada DEB ini akhirnya menyebabkan sejumlah bilangan komuniti Cina Bukan Islam memeluk Islam apabila berlakunya interaksi antara komuniti Melayu Muslim dan komuniti Cina Bukan Islam.Interaksi amat penting dalam menjayakan pemindahan ilmu dan amalan Islam kepada Bukan Islam.Melalui pemindahan ilmu dan amalan menyebabkan komuniti Cina Bukan Islam lebih memahami Islam dari pengalaman sendiri.Justeru DEB berjaya mewujudkan interaksi ini melalui penghijrahan etnik Melayu Muslim ke bandar-bnadar.Elemen ini bukan sahaja penting untuk etnik Cina Bukan Islam tetapi juga melibatkan etnik-etnik lain selain etnik Melayu.Melalui penstrukturan semula masyarakat maka kehidupan kominiti Islam khususnya Melayu Islam dapat dikeluarkan daripada kepompong kemiskinan dan kejahilan. Tugas ini adalah langkah utama dalam meterjemahkan konsep Islam sebagai addin dalam segala aspek sama ada dari segi ekonomi, sosial dan politik. Komuniti Cina Muslim perlu mengambil langkah objektif ini bagi membolehkan dakwah Islamiah dilaksanakan untuk ketiga-tiga golongan Cina Bukan Islam.

Cabaran Dan Kepentingan Dasar Transformasi Belia Cina Muslim

 Belia sering disifatkan sebagai aset penting negara. Setiap tahun berlangsungnya sambutan Hari Belia, peri pentingnya peranan golongan berkenaan dalam menggerakkan hala tuju dan masa depan negara terus diberi penekanan oleh pemimpin. Hakikatnya, negara bergantung harap kepada kira-kira 12.9 juta belia yang merupakan kumpulan demografi terbesar rakyat negara ini dalam memikul tanggungjawab untuk menjayakan agenda nasional dan wawasan negara.Belia yang sering dilabelkan sebagai golongan yang mempunyai semangat yang tinggi serta keterujaan dalam melakukan sesuatu, adalah penentu kepada kejayaan kesemua program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan.Justeru, golongan belia seharusnya menyalurkan semangat dan azam yang membara dalam diri mereka ke arah perkara bermanfaat yang dapat membangunkan diri dan mengambil peluang daripada sosioekonomi yang kian bertambah.

Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi asas lonjakan negara bagi pusingan terakhir ke arah Wawasan 2020 memerlukan sumbangan serta pro-aktif belia untuk mencapai matlamatnya. Bagaimanapun, persoalannya, adakah ramai di kalangan mereka sedar akan tanggungjawab besar itu sehingga mereka dinilai sebagai harta kepada negara khususnya komuniti belia Cina Muslim? Sedangkan, pada masa yang sama, golongan inilah juga yang sering terlibat dengan bantuan dan ihsan daripada zakat dan bantuan orang ramai. Perkara inilah yang menjadi kebimbangan kepada komuniti Cina Muslim.Masih ramai lagi dalam kalangan mereka yang menganggur, hidup kemiskinan dan lain-lain.Justeru, di sinilah pentingnya peranan persatuan-persatuan Cina Muslim dalam menyedarkan belia Cina Muslim di negara ini, untuk menarik perhatian mereka supaya mengutamakan pendidikan atau perniagaan. Tidak kira sama ada membabitkan apa sahaja perniagaan yang bermanfaat untuk kepentingan hidup. Belia Cina Muslim perlu dipesongkan daripada terjerumus dalam pemikiran golongan yang suka meminta ihsan orang lain. Dan mereka juga perlu disedarkan mengenai pentingnya memiliki ilmu dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu ke arah merealisasikan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.Sesungguhnya, pembabitan belia Cina Muslim dalam membangunkan negara bukan satu ajakan kosong.Ini kerana kejayaan negara banyak bergantung atas tindakan mereka khususnya dalam agenda dakwah Islamiah. Sekiranya mereka tidak memainkan peranannya, sudah pasti setiap apa jua program atau dasar Perkim atau Persatuan Cina Muslim yang dibuat sebaik mana sekalipun, akan gagal. ‘Pemangkin Transformasi’ merupakan tema bagi Hari Belia yang lalu.Hal ini adalah untuk menyatakan kepentingan sokongan golongan muda ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang progresif. Justeru, menunjukkan pentingnya membangun dan memperkasakan peranan belia dalam proses transformasi negara. Maka belia Cina Muslim perlu mengambil langkah proaktif dalam menerima cabaran ini.Perubahan dan transformasi adalah kemestian dalam usaha menuju negara yang maju dan dinamik dalam kerangka kita sendiri.Usaha ini memerlukan asas-asas dan pendekatan yang transformatif bagi mencapai cita-cita tersebut. Seterusnya, amat penting untuk belia Cina Muslim merasakan bahawa diri mereka yang asalnya adalah tapak-tapak penting sesebuah negara dalam dakwah Islamiah, akan menjadikan tiang-tiang harapan yang akan menyokong dan mengemudi negara di masa hadapan. Saidina Ali ada menggambarkan bahawa remaja dan belia pada hari ini adalah cermin sesebuah negara pada masa hadapan. Kata-kata ini menggambarkan bahawa belia adalah kumpulan sokongan yang kuat dalam memacu proses transformasi dan kemajuan negara. Jika masyarakat muda pada hari ini dibina secara berkualiti, maka corak kepimpinan dan kepengikutan negara juga berkualiti.Hal ini bergantung kepada corak pendidikan di rumah, sekolah dan pengukuhan dalam masyarakat. Belia Cina Muslim yang mempunyai kesedaran penuh terhadap sikap dan tindakan dirinya untuk menjayakan transformasi akan berupaya membentuk momentum transformasi yang memberangsangkan. Remaja dan belia Cina Muslim yang berkemahiran dan berilmu tinggi yang insaf akan peranannya untuk terus berusaha mempertingkatkan kecemerlangan diri dan memanfaatkannya untuk keperluan masyarakat dan negara.

Dalam Islam, transformasi atau perubahan adalah sesuatu yang dituntut. Zaman akan pantas berlalu dan sentiasa berubah. Perubahan zaman yang memerlukan manusia menjadi lebih dinamik, progresif, aktif dan berfikiran terbuka dalam menghadapinya.Orang yang ketinggalan dalam menuntut ilmu-ilmu terkini seringkali dikatakan orang yang ‘ketinggalan zaman’.Perubahan zaman adalah sesuatu yang tidak dapat ditahan-tahan, seiring dengan keperluan manusia yang semakin bertambah.Justeru, sebagai remaja dan belia Cina Muslim memerlukan suatu kemahiran dan kebijaksanaan untuk melakukan perubahan seiring dengan syariat Islami. Pedoman ini menjadikan Islam terus hidup dan berperanan walau apa zaman pun ia berada, kerana pada prinsipnya, zaman harus menyesuaikan diri bergerak dan berubah mengikut faktor syarak yang Islami. Ini memungkinkan kurikulum di sekolah dan di universiti menjadikan al-Quran sebagai sumber ilmu yang sifatnya merentasi.Ilmu yang diajarkan di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi harus berlandaskan faktor-faktor syariat yang Qurani.Alesina dan Wacziarg (1998) menyatakan pembangunan dan keterbukaan dasar sesebuah negara perlu mengutamakan bakat belia.Hal ini adalah kerana belia amat penting buat negara terutama dalam menjayakan agenda transformasi nasional. Justeru, segala potensi dan bakat yang ada pada golongan belia Cina Muslim perlu dibangunkan, diasuh, dibimbing dan diberi latihan secukupnya supaya mereka menjadi modal insan berkualiti, dinamik dan mampu menghadapi cabaran pemimpin dan organisasi belia mempunyai peranan yang besar lagi penting dalam pembentukan generasi muda yang berwibawa. Tunggak kesinambungan kepimpinan negara terletak di atas bahu kepimpinan belia masa kini khususnya dalam membentuk kepimpinan organisasi belia.Peluang untuk terus menyerlahkan potensi ini sememangnya disediakan.Kepimpinan belia Cina Muslim perlu diberi status untuk terlibat dalam membuat keputusan dalam menentukan perjalanan negara.Penerimaan dan peluang untuk menyumbang kepada pembangunan oleh kepimpinan belia telah mula mendapat pengiktirafan. Walau bagaimanapun lebih penting lagi daripada ini ialah sama ada pemimpin dan organisasi belia telah berkesan dalam memainkan peranannya dalam menyediakan golongan belia sebagai pewaris negara yang berwibawa.

Peranan Komuniti Cina Muslim Dalam Transformasi Luar Bandar

 Peranan komuniti Cina Muslim dalam transformasi luar bandar diperlukan kerana sebahagian besar komuniti Cina Muslim berada di luar bandar. Usaha ini adalah menumpukan kepada ekonomi dan urus tadbir seperti berikut:

  1. Ekonomi Berdaya Maju dan Berdaya Wawasan

Ekonomi yang berdaya maju adalah satu bentuk ekonomi pengetahuan yang mampu mengubah hidup masyarakat. Dewasa ini, ekonomi pengetahuan telah digunakan untuk melahirkan insan-insan yang berkemahiran dan seterusnya membina proses profesionalisma mereka. Peranan kepimpinan Persatuan Cina Muslim (MACMA) dan PERKIM adalah menyediakan ruang dan peluang untuk generasi muda Cina Muslim desa untuk menimba ilmu pengetahuan.Justeru, usaha membina jaringan internet yang berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar perlu dipergiatkan lagi.Hal ini disebabkan pembangunan telekomunikasi maklumat memerlukan penggunaan frekuensi-frekuensi yang lebih tinggi supaya lebih kuat keupayaan untuk menyebarkan maklumat.Pendedahan telekomunikasi maklumat dan komputer pada hari ini adalah satu kewajipan sebagai prasyarat untuk maju.Golongan yang buta komputer mempunyai hubungan rapat dengan kemunduran disebabkan pengehadan ilmu pengetahuan.Dunia globalisasi telah membuka bukan sahaja dunia tanpa sempadan tetapi juga membuka ilmu pengetahuan tanpa sempadan.Pembukaan ilmu pengetahuan ini telah melonjakkan bakat dan kemahiran seseorang tanpa mengira tempat tinggal, tahap pendidikan dan keturunan.Dapatan maklumat dalam kawasan luar bandar selalu adalah sukar tetapi dengan peranan kepimpinan PERKIM dan MACMA mampu mengubahnya.Sehubungan dengan itu, PERKIM dan MACMA perlu berusaha untuk meningkatkan kawasan yang boleh dicapai dapatan maklumat melalui pembangunan telekomunikasi maklumat. Melalui pengenalan idea-idea pembangunan telekomunikasi dan capaian dapatan maklumat ini akan menggerakkan ekonomi yang berdaya maju. Bagi ekonomi yang berdaya wawasan memerlukan bentuk ekonomi inovasi.Ekonomi inovasi memerlukan tiga perkara asas bagi menjayakannya iaitu pasaran modal guna tenaga, teknologi kreatif dan pelaburan intensif.Keberkesanan peranan PERKIM dan MACMA adalah melaksanakan ekonomi berdaya maju. Kejayaan ekonomi berdaya maju akan menyediakan pasaran modal guna tenaga yang berilmu dan berkemahiran tinggi. Kemahiran tinggi amat diperlukan bagi menjana teknologi kreatif di luar bandar.Bahan-bahan semulajadi yang terdapat di luar bandar mampu diubah menjadi satu bentuk teknologi baru yang kreatif.Contohnya penukaran beras menjadi tepung untuk digunakan dalam pembuatan kuih muih.Pembuatan kuih muih merupakan satu bentuk industri tani yang boleh dipasarkan ke dalam pasaran tempatan atau luar. Usaha ini akan menarik pelaburan masuk ke dalam kawasan luar bandar. Pelaburan intensif sebegini mampu membangunkan kawasan luar bandar menjadi satu daerah satu industri.Kegiatan satu daerah satu industri ini akhirnya menukarkan kawasan luar bandar menjadi satu daerah ekonomi berdaya wawasan. Impak di atas ekonomi berdaya wawasan akan menyebabkan perkara-perkara berikut berlaku:

  1. Pertumbuhan Peluang-peluang Ekonomi Berterusan

Pertumbuhan peluang-peluang ekonomi yang terjadi daripada aktiviti-aktiviti ekonomi berdaya wawasan akan menyebabkan pembangunan meleleh sehingga ke peringkat akar umbi. Pengekalan kaedaan ini mampu menyediakan kegiatan sokongan ekonomi lain terbuka. Seterusnya, pembangunan ekonomi kawasan tersebut akan berterusan. Usaha ini mampu dicapai apabila keberkesanan peranan PERKIM dan MACMA mengekalkan ekonomi berdaya wawasan secara optimum.Selanjutnya, PERKIM dan MACMA perlu memastikan usaha satu daerah satu industri ini dikekalkan hidup dan berkembang. Jika usaha ini berjaya separuh jalan, maka ekonomi berdaya wawasan akan kembali kepada ekonomi berdaya maju. Jika PERKIM dan MACMA turut tidak dapat mengekalkan ekonomi berdaya maju maka mundurlah semula kawasan tersebut.

  1. Pembangunan Ekonomi Generasi Kini dan Generasi Masa Depan

PERKIM dan MACMA perlu memandang ke depan dalam membangunkan ekonomi generasi kini dan generasi depan. Pelan perancangan pembangunan ekonomi memerlukan strategi-strategi yang cekap dan berkesan.Strategi pengetahuan ekonomi yang bertunjangkan kreativiti dan inovasi menjadikan ekonomi negara ini berdaya saing.Hal ini amat penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Sehubungan dengan itu, faktor pengeluaran konvensional perlu diubah  dengan membentuk nilai tambah yang dapat meningkatkan daya saing. Sumber manusia yang menjadi teras ekonomi perlu dipupuk dengan ilmu pengetahuan dan berupaya merekacipta dan mampu menjual idealism ilmu pengetahuan maklumat mereka.Sementara itu, bidang ICT merupakan penggerak utama bagi peralihan ekonomi bertunjangkan ilmu pengetahuan.Sektor ekonomi yang bertunjangkan ilmu pengetahuan dapat meningkatkan modal atau buruh yang berdaya saing (Jabatan Perdana Menteri, 2015). Menurut pelan transformasi ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan adalah terdiri daripada industri pengetahuan tinggi seperti industri perisian, bioteknologi dan perkakasan teknologi maklumat yang akan mewujudkan pekerjaan seperti jurutera, saintis, pengaturcara komputer dan pereka bentuk. Industri kedua iaitu industri telekomunikasi, perbankan dan perkhidmatan kerajaan yang menghasilkan pekerjaan seperti pengurus, jurubank dan sebagainya.Maka dengan demikian, kepimpinan peranan PERKIM dan MACMA adalah menjayakan pelan transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan pada waktu ini.

  1. Mencipta Kesejahteraan Masyarakat

Keberkesanan peranan PERKIM dan MACMA adalah melaksanakan Pelan Pembangunan Kesejahteraan Masyarkat Desa dalam Pelan Transformasi Rancangan Kerajaan Tempatan 2015-2020 (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, 2015).Pelan tersebut mengandungi Pusat Kecemerlangan Kesejahteraan Bandar yang mempunyai tiga fungsi iaitu penyelidikan, pembinaan kapasiti pembangunan dan promosi ilmu pengetahuan.Penyelidikan yang dijalankan adalah untuk mentransformasikan pembangunan masyarakat luar bandar melalui kewujudan masyarakat sejahtera, persekitaran lestari dan pemeliharaan alam sekitar.Selanjutnya, pembinaan kapasiti pembangunan adalah tertumpu kepada pengekalan adat resam dan budaya.Akhir sekali promosi ilmu pengetahuan adalah untuk mencapai matlamat wawasan 2020. Output dan hasilan pelan ini dapat mengurangkan kadar jenayah dan penyakit berjangkit di kawasan desa. Seterusnya pelan ini juga membantu masyarakat luar bandar memiliki rumah mampu milik sendiri sama ada di atas tanah sendiri atau sebaliknya. Masalah banjir dan catuan air yang sering dihadapi oleh masyarakat luar bandar turut diambil kira dalam pembangunan masyarakat luar bandar.Justeru, peranan kepimpinan PERKIM dan MACMA amat penting dalam menjayakan Pelan Transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan masa kini.Antara peranan kepimpinan PERKIM dan MACMA adalah sebagai pemimpin yang bertanggungjawab ke atas badan pencari penyelesaian kreatif untuk isu-isu luar bandar diikuti sebagai pemikir think-tank dalam memperjuangkan kesejahteraan yang melibatkan masyarakat luar bandar.PERKIM dan MACMA juga merupakan pemimpin perantaraan kerajaan persekutuan dengan individu masyarakat luar bandar dan juga perantaraan kerajaan negeri dengan individu masyarakat luar bandar.

PERKIM dan MACMA juga merupakan pemimpin yang bertanggungjawab memberikan maklumat mengenai pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan di luar bandar. Sehubungan dengan itu, PERKIM dan MACMA adalah pemimpin yang layak menjadi penasihat autoritatif bagi mewakili kawasan luar bandar di bawah pimpinannya.

  1. Masyarakat Sejahtera

Masyarakat Sejahtera bagi kawasan luar bandar mempunyai beberapa ciri iaitu kawasan yang selamat, aman, selesa dan sihat. Antaranya seperti berikut:

  • Selamat dan Aman

Kawasan yang selamat adalah kawasan yang bebas dari kegiatan jenayah dan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti melepak, merempit dan sebagainya.Seterusnya kawasan yang selamat juga perlu bebas daripada penyakit berjangkit seperti penyakit Tuberkulosis, Aids dan sebagainya. Penyelidikan yang dijalankan adalah mengambil pencapaian kesihatan, kadar jenayah dan tahap kegembiraan hidup di luar bandar. Hasil penyelidikan ini akan diberikan kepada Kerajaan Tempatan untuk menambahbaikkan kehidupan masyarakat luar bandar. Peranan kepimpinan PERKIM dan MACMA adalah mengutarakan isu-isu yang terkandung dalam penyelidikan yang dilaksanakan. Seterusnya keberkesanan PERKIM dan MACMA adalah memastikan setiap isu selamat yang dibangkitkan dapat diselesaikan dengan kadar secepat mungkin demi kesejahteraan masyarakat luar bandar.

  • Selesa dan Sihat

Keselesaan dan kesihatan amat penting bagi menjamin pembangunan masyarakat luar bandar berterusan.Kesinambungan sesebuah projek pembangunan masyarakat luar bandar adalah bergantung kepada aset manusia.Aset manusia merupakan satu perkara pokok utama dalam menjayakan pembangunan mampan.Kepimpinan PERKIM dan MACMA perlu memastikan setiap aspek kehidupan masyarakat luar bandar adalah berada dalam keadaan sihat dan mempunyai kehidupan yang selesa. Jaminan sihat dan selesa amat penting dalam penerusan apa-apa juga program dan projek pembangunan masyarakat luar bandar.

  1. Persekitaran Lestari

Maksud persekitaran lestari adalah persekitaran yang mampan.Kemampanan pembangunan masyarakat luar bandar bukan sahaja tertumpu kepada aspek material atau fizikal.Sebaliknya, aspek kerohanian dan mental yang sihat serta seimbang diperlukan dalam pembangunan.Keberkesanan peranan PERKIM dan MACMA adalah mewujudkan keseimbangan ini.Justeru, persekitaran lestari mampu melonjak pembangunan masyarakat luar bandar apabila keseimbangan tersebut ditingkatkan ke tahap optimum.

  1. Pemeliharaan Alam Sekitar

Pemeliharaan Alam Sekitar amat penting dalam penyelidikan kerana hasilan tersebut boleh digunakan dalam pembangunan masyarakat luar bandar.Keberkesanan peranan PERKIM dan MACMA adalah memastikan setiap kawasan yang terletak di bawah jagaannya adalah bersih, kemas dan teratur.Pemeliharaan Alam Sekitar turut boleh digunakan untuk menarik pelancong-pelancong asing datang melawat kawasan tersebut.Kedatangan pelancong-pelancong asing mampu memberikan satu pendapatan baru kepada anggota masyarakat luar bandar.Seterusnya pelancong-pelancong asing ini turut membantu penghasilan satu daerah satu industri yang dilaksanakan bagi meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar.Aktiviti-aktiviti pelancong turut memberikan persepsi positif kepada masyarakat luar. Pembinaan imej positif ini membantu pengaliran pelaburan wang masuk ke dalam sektor-sektor industri ekonomi lain secara tidak langsung. Akhirnya, penjanaan ekonomi negara dapat dilonjakkan ke peringkat yang lebih baik.

  1. Pengekalan Adat Resam dan Budaya

Pembinaan kapasiti pembangunan yang dimainkan oleh peranan PERKIM dan MACMA adalah untuk mengekalkan adat resam dan budaya setempat masyarakat luar bandar.Khazanah adat resam dan budaya merupakan satu sumber pengetahuan yang perlu diterokai dan dan dimajukan bagi mewujudkan identiti dan peribadi masyarakat setempat.  Adat resam merupakan suatu aturan dan cara hidup atau tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Budaya tidak bersifat tetap dan boleh berubah tetapi hakikatnya adalah sama seperti adat. Cuma adat tidak boleh berubah dan merupakan budaya asal tetapi saling bergantung dengan budaya.Hal ini disebabkan budaya adalah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat masyarakat tersebut pada masa tersebut.Justeru, keberkesanan PERKIM dan MACMA adalah menjana adat resam dan budaya setempat menjadi satu bentuk yang lebih kompetitif dalam pembangunan.Pengekalan adat resam dan budaya tidak menjadi masalah tetapi perlu dibangunkan mengikut peredaran zaman.Budaya boleh berubah tetapi adat tidak.Maka dengan demikian, peranan kepimpinan PERKIM dan MACMA adalah mengubah budaya menjadi lebih kompetitif selaras dengan aspirasi wawasan negara maju.Seterusnya masukkan budaya yang kompetitif ini menjadi satu adat yang perlu diikuti oleh semua lapisan masyarakat.

  1. Mencapai matlamat Dasar Wawasan 2020

Matlamat Dasar Wawasan 2020 adalah mewujudkan Gerakan Desa Wawasan atau Gerakan Daya Wawasan yang diterajui oleh kepimpinan PERKIM dan MACMA di peringkat mukim.Tujuan Gerakan Desa Wawasan adalah untuk meningkatkan perubahan nilai, paradigm dalammasyarakat desa mengikut objektif Transformasi Kedua Pembangunan Desa dan Wawasan 2020.Justeru, Gerakan Desa Wawasan adalah menggalakan masyarakat desa untuk mencapai Wawasan 2020.Hal ini bertujuan bagi membentuk masyarakat desa dengan nilai-nilai proaktif, berdaya saing dan berdisiplin.Justeru matlamat Dasar Wawasan 2020 ialah meningkatkan nilai berdikari dengan mengurangkan sikap subsidi menerusi Gerakan Desa Wawasan.Hal ini bertujuan meningkatkan penyertaan komuniti dan keupayaan mereka untuk bergerak maju melalui penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).Selanjutnya, kepimpinan PERKIM dan MACMA perlu menyedari kepentingan Gerakan Desa Wawasan yang bertujuan membina masyarakat desa dalam dunia globalisasi dewasa ini. Sehubungan dengan itu, penukarannama Gerakan Desa Wawasan kepada Gerakan Daya Wawasan adalah untuk menjayakan usaha anjakan paradigma.

  • Mengurus Tadbir Luar Bandar Secara Cekap Dan Mampan

Keberkesanan peranan PERKIM dan MACMA dalam mengurus tadbir luar bandar secara cekap dan mampan adalah amat penting.Usaha ini perlu difokuskan kepada aspek sstem penyampaian perkhidmatan PERKIM dan MACMA dalam masyarakat luar bandar, pengukuhan institusi-institusi yang ada dan penguatkuasaan serta pemantauan ke atas program-program pembangunan luar bandar. Justeru, peranan kepimpinan PERKIM dan MACMA adalah seperti berikut:

  1. Menentukan peringkat kelestarian kawasan desa berdasarkan Penunjuk Prestasi Desa
  2. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan setiap kawasan kampung dalam jagaannya mencapai penunjuk kesejahteraan luar bandar
  • Mencadangkan peluang penambahbaikkan bagi mencapai peluang yang ada agar urus tadbir yang dijalankan oleh kerajaan mencapai tahap mampan
  1. Menjadikan Penunjuk Prestasi Desa dalam peranan pengukuran kemajuan pentadbiran, teknikal dan sebagainya.

Kesimpulan

Secara natijahnya, pembangunan komuniti Cina Muslim di Malaysia telah mengalami satu transisi masa yang berbeza dengan nenek moyang mereka apabila pertama kali tiba di Tanah Melayu. Malahan kehidupan komuniti Cina Muslim telah melalui proses transformasi yang membawa kepada cahaya pengislaman mereka. Justeru perpaduan dan pembinaan negara bangsa perlu dilihat melangkaui garis masa dan budaya.Untuk menjadi satu komuniti yang kuat dan mampu hidup berdirikari memerlukan kepimpinan yang kuat dan jujur.Dakwah Islamiah bukan setakat menarik seseorang Bukan Islam memeluk Islam.Tetapi dakwah Islamiah juga perlu melihat kehidupan selepas memeluk Islam.Islam adalah agama yang addin yang merangkumi bukan setakat amalan ritual tetapi juga kehidupan dunia.Maka dengan itu, komuniti Cina Muslim perlu bergerak dan berdaya saing dalam membuktikan bahawa pengislaman membawa mereka menjadi lebih baik daripada sebelum pengislaman.Gerakan multi-kultural adalah satu tindak balas apabila semangat dan keindentitian keCinaaan diMelayukan kerana kurang kesedaran bahawa Islam milik semua bangsa. Tetapi gerakan ini perlu melihat dari segi generasi akan datang yang perlu terlibat dalam proses pembinaan negara bangsa yang berteraskan Melayu Islam. Walaupun terdapat kekhilafan dalam pembudayaan Islam dan mazhab, komuniti Cina Muslim perlu berjuang agar kewujudan mereka dirasai bukan setakat bidang dakwah sahaja.Kewujudan komuniti Cina Muslim perlu disulami dengan kewujudan Melayu Muslim dan India Muslim dalam pembinaan negara bangsa ini. Jasa bakti bagi mereka yang memperjuangkan nasib dan kepentingan Cina Muslim perlu dihargai sama ada beliau warga Malaysia atau tidak. Inilah tanah air kita, negara ibunda kita dan agama kita di bumi bertuah, Malaysia.

 

Rujukan

Aristotle (1958), Politics, Book II, trans. B. Jowett. New York: Commercial Press.

Bertell O. (1998).Market Socialism: The Debate among Socialists. New York: Routledge.

Cole, G. D. H. (2003),History of Socialist Thought, in 7 volumes, Macmillan and St. Martin’s Press, 1965; Palgrave Macmillan.

David S. (1985), Against Socialist Illusion. London: Macmillan.

Edmund W. (1940),To the Finland Station: A Study in the Writing and Acting of History. Garden City, NY: Doubleday.

Engles, F. (1884),The Origin Of The Family, Private Property And The State, Zurich: Macmillian.

Fried, Albert, and Ronald S. (1964). (eds.). Socialist Thought: A Documentary History. Garden City, NY: Doubleday Anchor.

Fujio Hara. 2003. Malayan Chinese and China Conversion in Identity Consciouness 1945-1957. Singapore University Press: Singapura

Gasper, P. (2005).The Communist Manifesto: A Road Map to History’s Most Important Political Document. Berlin: Haymarket Books.

Ghazali Mayudin dan K.T. Lee. (2008). Politik Cina Dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Sarawak 2006: Manifestasi Protes Daripada Rakyat. Jebat Jurnal 35. 17-32.

Ghazali Mayudin dan Nidzam Sulaiman.(2003). Politik Cina Dalam Pilihan Raya Sarawak 2001.Jebat Jurnal 30. 65-76.

Halévy, É. (1948),Histoire du Socialisme Européen. Paris: Gallimard.

Handy, Robert T. (1966),The Social Gospel in America, 1870–1920: Gladden, Ely, Rauschenbusch. New York: Oxford University Press.

Harrington, Michael.(2011),Socialism. New York: Bantam.

Hayek, Friedrich. (1944),The Road to Serfdom.New York: University of Chicago Press.

Heng Pek Koon. (1988). Chinese Politics in Malaysia: A History of the Malaysian Chinese Association. East Asian Historical Monographs: London.

Itoh, Makoto.(1995),Political Economy for Socialism. London: Macmillan.

James W. (2003),Long Detour: The History and Future of the American Left. Westview Press.

Jayum A. Jawan dan Victor T. King.(2004). Ethnicity and Electoral Politics in Sarawak. Bangi: Penerbit UKM.

Jeffrey D. (2006).The End of Poverty: Economic Possibilities for Our Time. New York: Penguin.

Lee Yok Fee. (2004). Kedinamikan Kecinaan dan Identiti Orang Cina di Malaysia.Sari 22.167-181. 

Lenin V.I. (1977). State and Revolution.New York: International Publishers.

Leo P. (2001).Renewing Socialism: Democracy, Strategy, and Imagination. Boulder, CO: Westview Press.

Liang Liji. (2009). Hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15.UKM: Kuala Lumpur

Longman-Dictionary of Contemporary English (2003). Pearson Education Limited.

Marx K. dan Engels F. (1906). (eds.). Capital: A Critique of Political Economy, Translated by Samuel Moore and Edward Aveling. New York: Modern Library..

Michael N. (2005),Socialism – a Very Short Introduction.Oxford University Press.

Nidzam Sulaiman. (2006). Pakatan dalam Politik Sarawak.Bangi: Penerbit UKM.

Robert T. H. (1966). The Social Gospel in America, 1870–1920: Gladden, Ely, Rauschenbusch.New York: Oxford University Press.

Sarah Lee. (2008). Divided They Stand: Analyzing the Effects of Recent Ethnic Politics on Chinese Minorities in Malaysia. The Institute for Philosophy, Politics and Economics Journal.Vol 1, 25-51..

Tan Koon Swan. Malaysian Chinese.Eastern Universities Press: Kuala Lumpur.

Tan Teong Jin, Ho Wah Foon and Tan Joo Lan.(2005). Center for Malaysian Chinese Studies: Kuala Lumpur.

Voon Phin Keong. (2008). Malaysian Chinese and Nation-Building.Center for Malaysian Chinese Studies: Kuala Lumpur

Von M. dan Ludwig. (1922),Socialism: An Economic and Sociological Analysis. Liberty Fund: New York Press.

Y.F. Lee. (2009). Kajian Tentang Identiti Orang Cina di Malaysia dari segi Epistemologi: Ulasan.Sari Jurnal 27.167-183.

Wang Gu Wu. (2008). “Flag, Flame and Embers: Diaspora Cultures”. In Kam Louie (Ed.), The Cambridge Companion to Modern Chinese Cultures. Cambridge: Cambridge University Press. Pp 115-134.

Wang Gu Wu. (2005). Nation-building: Five Southeast Asian Histories. (Editor). Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 2005.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *