Home » Langit Terbuka » Himpunan anti-Islam di pintu Berlin Brandenburg

Himpunan anti-Islam di pintu Berlin Brandenburg

BERLIN, 28 Ogos – Aktivis anti-Islam mengadakan bantahan selama satu jam di atas pintu gerbang Berlin Brandenburg hari ini berikutan menyeru kepada keselamatan sempadan di Jerman.

Beberapa orang penunjuk perasaan itu mengibarkan sepanduk ‘Keselamatan sempadan, selamat masa depan’ pada tugu bangunan dengan disaksikan oleh puluhan pelancong di sekitar kawasan tersebut.

Polis berkata, pihaknya telah menahan 15 orang penunjuk perasaan yang berdepan tuduhan menceroboh, mengganggu ketenteraman dan melanggar undang-undang perhimpunan awam.

Jurucakap polis Berlin, Patricia Braemer berkata, dia percaya kesemua penunjuk perasaan itu bergerak di bawah Pergerakan Identitarian kerana mengibarkan bendera kumpulan berkenaan.

Sebelum ini, agensi perisikan domestik Jerman berkata, pihaknya sedang memerhati kumpulan sayap kanan itu kerana didakwa mahu menggulingkan sistem demokrasi di negara tersebut. – Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *