Home » Citra Yadim » Sesi perundingan gabungan NGI bagi proses Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review) Malaysia

Sesi perundingan gabungan NGI bagi proses Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review) Malaysia

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Sebagai tindakan susulan melaksanakan mandat-mandat di bawah Kluster Hak Asasi Manusia dan Undang-undang, Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) YADIM dan Centre For Human Rights Research and Advocacy (CENTHRA) telah menganjurkan siri kedua sesi perundingan Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) bagi proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada 18 Ogos 2016 di Hotel Putra , Kuala Lumpur.

Sesi Perundingan tersebut telah melakukan semakan separuh penggal status perlaksanaan bagi syor-syor kepada Malaysia semasa pusingan kedua UPR 2013.

Sesi tersebut juga merangkumi perbincangan rangka deraf laporan pemegang-pemegang kepentingan (stakeholders) ke Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk sesi pusingan ketiga UPR Malaysia pada 2018 nanti.

UPR adalah proses yang melibatkan penelaahan yang dilakukan sekali setiap empat tahun bagi mengetengahkan isu-isu berkaitan  hak asasi manusia dari semua anggota  Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang terdiri dari 192 negara.

UPR adalah di bawah naungan PBB, untuk mendorong dan memberi kesempatan bagi setiap negara untuk menyatakan tindakan apa yang telah mereka lakukan untuk memperbaiki situasi hak asasi manusia di negara meraka dan bagi memenuhi kewajiban hak asasi manusia mereka.

UPR diwujudkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada 15 Mac 2006 sebagai hasil reformasi PBB oleh Setiaausaha Agungnya pada ketika itu, Kofi Annan.

Persidangan pertama yang melibatkan Malaysia adalah pada tahun 2009 dan yang kedua pada tahun 2013.

Untuk sesi yang seterusnya adalah pada tahun 2018. Menjelang tahun tersebut, Malaysia sedang berada dalam proses semakan untuk penyediaan laporan dan dokumen yang akan digunakan di UPR kelak.

Dalam sesi perundingan ini, NGI telah melihat dan menyentuh lapan tema utama, termasuk isu-isu yang dituntut oleh Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) dan menyatakan pendirian terhadap tema-tema ini.

Isu lain yang diketengahkan juga adalah isu rasuah, kebebasan beragama, hak asasi ekonomi, sosial dan budaya, memantapkan mahkamah syariah dan hak asasi anak-anak dalam Islam seperti isu sekolah agama rakyat, sekolah pondok dan tahfiz.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *