Home » Citra Yadim » Kolaborasi NGO Islam di Johor

Kolaborasi NGO Islam di Johor

JOHOR BAHRU 15 Sept. – Sebanyak 25 badan bukan kerajaan (NGO) Islam dari negeri Johor telah hadir dalam program Majlis Ramah Mesra NGO bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)  Zon Selatan yang telah diadakan pada 6 September lalu di Yayasan Darur Rahmah, Johor Bahru.

Eksekutif Kanan Yadim Zon Selatan, Muhamad Ammar  Abdullah berkata, program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada NGO Islam negeri Johor yang rata-ratanya menyatakan hasrat untuk saling bekerjasama dalam bidang dakwah.

“Dalam majlis yang diadakan itu, wakil-wakil NGO berkenaan telah memberikan pelbagai idea dan pandangan yang cukup menarik dan semua pandangan itu boleh diketengahkan untuk diperhalusi,’’ katanya.

Beliau berkata, secara ringkasnya, majlis yang dianjurkan itu bertujuan mengumpulkan ahli-ahli NGO bagi mengadakan perbincangan pelbagai isu berkaitan umat Islam dan seterusnya untuk mewujudkan satu gabungan NGO-NGO Islam di Johor.

Katanya, pada majlis itu seramai 78 orang yang mewakili  25 NGO Islam telah hadir termasuk sebahagian pimpinan utama organisasi masing-masing.

Senarai NGO Islam yang hadir dalam program itu adalah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Johor, Persatuan Cina Muslim, Persatuan Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor, Majlis Belia Daerah Johor Bahru dan Ikatan Muslimin Malaysia Johor (ISMA).

Turut hadir adalah wakil dari Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Badan Kebajikan Hospital Negeri, Persatuan Qurra Negeri Johor, Persatuan Peguam Syarie Johor, PERKIM dan Persatuan Pengguna Bumiputera Johor.

Selain itu, badan lain yang hadir termasuk Ahli Sunnah Wal Jamaah Research Group (ARG), Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia, Sahabat Dakwah Negeri Johor, Pertubuhan Al-Husna, Persatuan Falak Negeri Johor,Persatuan Guru Agama dan Persatuan Zikrul Hakim Johor.

NGO lain yang turut menghantar wakil adalah Pertubuhan Al-Ghazali Centre Johor, Persatuan Imam-Imam Johor, Yayasan Darur Rahmah Negeri Johor, Persatuan Pegawai Tadbir Agama Johor, Pertubuhan Dakwah Islmiah Malaysia Johor dan Persatuan Usahawan India Muslim Johor.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *