Home » Ensiklopedia » BINATANG

BINATANG

ALLAH SWT MENCIPTA berbagai- bagai jenis binatang di muka bumi ini untuk keperluan manusia.  Dalam al- Quran disebutkan bahawa binatang tersebut mempunyai manafaat dan kegunaan bagi kehidupan manusia. Manusia menternak sebahagian daripada binatang itu untuk memperoleh daging, susu dan telur atau menggunakannya sebagai alat pengangkutan, Allah SWT berfirman; “Allah yang menjadikan binatang ternak bagi kamu, sebahagian di antaranay untuk kamu menunggangnya dan sebahagian lagi untuk kamu makan. Dan kamu pula beroleh pelbagai faedah pada binatang ternak itu; dan supaya kamu dapat memenuhi sesuatu hajat yang ada dalam hati kamu dengan menggunakan binatang itu.” (Q.40:79-80)

SEMBELIHAN

Sembelihan bermaksud binatang yang disembelih dengan cara memotong tenggorok dan urat merihnya, mengikut cara yang ditentukan dalam Islam agar halal dimakan. Binatang yang disembelih menurut hukum agama halal dimakan, sedangkan binatang yang mati tanpa disembelih seperti bangkai atau binatang yang disembelih dengan menyebut nama selain dari Allah SWT, haram dimakan. (Q.6:121)

Penyembelihan bertujuan untuk membezakan samada binatang yang mati itu halal atau haram dimakan. Penyembelihan yang betul mengikut hukum Islam menjadikan binatang yang disembelih itu baik, suci dan halal dimakan.

BINATANG BUAS

Dalam beberapa hadisnya, Nabi Muhammad saw menyebut bahawa jenis binatang lain yang tidak boleh dimakan selain yang sudah ada dalam al- Quran (Q.5:3), antaranya binatang buas yang mempunyai taring, cakar atau paruh untuk menyerang lawannya. Dalam hadis riwayat Bukhari dijelaskan bahawa Nabi Muhammad saw melarang memakan binatang buas yang bertaring. Termasuk dalam larangan ini ialah burung buas yang mempunyai cakar. (H.R Muslim)

BINATANG HALAL

Ada dua jenis binatang yang hlal dimakan, iaitu binatang air dan binatang darat. Binatang air halal dimakan tanpa disembelih terlebih dahulu (Q.5:96). Dalam hal binatang darat, ada yang tidak wajib. Binatang ternak wajib disembelih dan jenis serangga yang dihalalkan tidak wajib disembelih. Rasulullah saw bersabda,’Dihalalkan bagi kamu dua jenis bangkai dan dua jenis darah.adapun dua jenis bangkai itu ialah belalang dan ikan, dan dua jenis darah ialah hati dan limpa” (H.R Ibnu Majah).

LEBAH

Salah satu binatang yang memberikan banyak manfaat dan kenikmatan kepada manusia ialah lebah. Dalam al- Quran disebutkan bahawa madu yang dihasilkan oleh lebah dapat menyembuhkan berbagai- bagai penyakit ( Q.16:69). Madu dihasilkan daripada pelbagai sari bunga dan menjadi ubat bagi penyakit manusia. Menternak lebah madu dilakukan untuk menghasilkan madu yang bermutu dan berguna bagi manusia. Adapun al- Quran mengandungi inti sari kitab- kitab yang diturunkan sebelumnya dan menjadi petunjuk bagi orang yang ingin mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

DAGING DALAM TIN

Dewasa ini tidak diketahui adakah daging binatang yang dijual di pasar desembelih mengikut hukum Islam atau tidak, misalnya daging dalam tin. Dalam hal ini, para ulama fikah membolehkan memakannya dengan syarat mengucapkan basmalah ketika membuka tin. Ini berdasarkan kaedah fikah,’Apa yang ghaib bagi kita jangan ditanyakan.; adapun Rasulullah saw sendiri tidak pernah menyulitkan umatnya dalam hal makanan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *