Home » Citra Yadim » Jurnal Umran tumpu aspek `perpaduan’

Jurnal Umran tumpu aspek `perpaduan’

TAJUK : Umran, Journal of Muslim Affairs, vol. 2, no.1 2016

TERBITAN : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Universiti Putra Malaysia.

Jurnal Umran vol. 2 no. 1 2016 ini, memuatkan enam artikel dalam pelbagai aspek dan isu berkaitan hal ehwal Islam. Bagi edisi ini tema yang diketengahkan adalah perpaduan dan dalam konteks ini kebanyakan penulis menyentuh soal perpaduan antara kaum di negara ini.

Antaranya termasuk artikel bertajuk `Kursus TITASMOOCs Dalam Paltform 1OpenLearning’ Di Universiti Putra Malaysia, Sedang, Selangor: Tumpuan Kepada Konsep, Pelaksanaan Dan Wadah Kesatuan Mahasiswa Pelbagai Bangsa, yang ditulis oleh Ahmad Nasir Mohd Yusof.

Lain-lain artikel berkaitan isu berkenaan termasuk, `Persepsi Dan Prejudis Antara Penganut Agama Di Sabah’, `Models Of Interreligious Dialogue In Malaysia: Elite And Grassroots Models’, `Pattern Of Intermarriage In Keningau: Study Preliminary Study Towards Religious Tolerance’.

Artikel lain yang turut dimuatkan termasuk `Identity Of Muslim In Thailand Past And Present: Are They Khaek Or Bumiputra?’, Kepercayaan dan `Beramanah Adalah Teras Pemebentukan Jiwa Dan Moral Doktor: Satu Analisa Berdasarkan Pandangan Dan Falsafah Ishaq Ibn Ali Al-Ruhawi Dalam Kitab Adab Al-Tabib’, `Perbandingan Tahap Kecekapan Antara Sistem Perbankan Islam Dan Konvensional Di Malaysia’, `The Kaisers’ Jihad’ dan `Nafkah Anak Menururt Undang-Udang Keluarga Islam Di Malaysia; Satu Analisis’

Turut dimuatkan adalah dua ulasan buku iaitu `Nasihat Rabbani Buat Ahli Politik Demokrasi’ Oleh Abdul Hadi Samsi dan `Malayonesia’ oleh Siti Zaleha Muhammad, Amaludin Ab. Rahman dan Zaid Ahmad.

Bahagian akhir jurnal terdapat dua nota kajian iaitu `Kajian Sikap Masyarakat Kristian Terhadap Masyarakat Islam Di Sabah Pasca Larangan Menggunakan Kalimah Allah’ dan `Pengaruh Arab Dalam Ejaan Jawi Tradisi Surat Sultan Zainal Abidin III’.

Naskah ini dijual dengan harga RM25 dan sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada Unit Pemasaran Yadim melalui talian 03-22746090.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *