Home » Ensiklopedia » Ilmu tauhid

Ilmu tauhid

Ilmu tauhid merupakan semulia-mulia ilmu pengetahuan. Ilmu tauhid mengandungi ilmu-ilmu tentang mengenali Allah Taala atas apa yang layak bagi-Nya, mengenali rasulNya,menyucikan Allah Taala daripada sifat-sifat serba kekurangan yang tidak harus disandarkan kepada-Nya, dan membebaskan para nabi daripada tuduhan-tudahan yang tidak layak terhadap mereka. Ilmu tauhid adalah lebih afdal (baik) daripada ilmu yang bersangkutan dengan hukumhakam.

Firman Allah Taala:

Maksudnya: Oleh itu, ketahuilah (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mohonlah ampun kepada-Nya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang yang beriman – lelaki dan wanita. (Ingatlah) Allah mengetahui tempat kamu berusaha (mencari rezeki pada siang hari) dan tempat tinggal kamu (untuk beristirahat pada malam hari).

(Muhammad; 19)

Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitabnya, Fiqhul Absot,

Maksudnya, `Ketahahuilah bahawa ilmu tauhid itu lebih baik dari ilmu yang berkaitan dengan ilmu hukum-hakam.’’

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *