Home » Langit Terbuka » Pengganas Daesh dikesan 
dalam pasukan tentera Jerman

Pengganas Daesh dikesan 
dalam pasukan tentera Jerman

BERLIN 6 Nov. – Jerman akan men­jalankan siasatan ter­hadap semua rekrut tentera bermula Julai tahun depan selepas Perkhidmatan Antipengintipan Tentera (MAD) mengenal pasti 20 anggota pengganas Daesh kini berkhidmat da­lam pasukan keselamatan negara ini.

Kumpulan media Jerman, Fun­ke Mediengruppe semalam mela­porkan, jurucakap MAD juga se­dang menyiasat 60 lagi kes berkaitan.

Draf perundangan berkaitan perkara itu akan dibentangkan di Parlimen Jerman dalam tempoh beberapa minggu lagi dan jika diluluskan, membenarkan semua rekrut tentera disoal siasat bagi menyekat ‘penyusupan’ anggota pengganas Daesh dalam pasukan tentera dan mendapatkan latihan penggunaan senjata.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Jerman berkata, undang-undang sedia ada hanya membenarkan siasatan dijalankan ter­hadap tentera selepas direkrut walaupun sebelum itu mereka telah menyediakan rekod polis serta bersetuju memberikan ak­ses penuh terhadap data peribadi masing-masing.

“Pejabat bertanggungjawab me­rekrut menerima banyak permohonan daripada individu yang mahu menjadi tentera ha­nya dalam tempoh beberapa bu­lan. Mereka turut menyata­kan minat untuk mengendali­kan sen­jata dan mendapatkan latihan ketenteraan,” jelas juruca­kap tersebut.

Menerusi Funke Mediengruppe, pasukan tentera menyatakan kebimbangan terhadap kenyataan Daesh di internet pada Julai 2014 yang menyeru anggota tentera menyertai kumpulan pengganas tersebut selain mengajak penyokongnya belajar menembak dan mengendalikan senjata.

Minggu lalu, polis Jerman menahan seorang lelaki Syria di Berlin selepas didakwa terlibat de­ngan pertubuhan pengganas asing. – REUTERS

www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *