Home » Citra Yadim » Perbezaan politik, pandangan bukan halangan nyatakan keamanan.

Perbezaan politik, pandangan bukan halangan nyatakan keamanan.

KUALA LUMPUR 4 Dis.-Perbezaan parti politik dan pandangan pelbagai pihak di negara ini tidak menjadi halangan untuk berhimpun dan menunjukkan reaksi terhadap penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Dr.Yusri Mohamad berkata, ia turut menjadi kekuatan utama untuk mengerakkan kepimpinan utama negara dalam usaha menyatakan mesej keamanan.

“Nabi Muhammad telah mengajar kita supaya prihatin sesama manusia lebih-lebih lagi dalam kalangan umat Islam serta mengajar kita supaya bermunajat jika dizalimi dan diuji.

Oleh itu, ingatlah bahawa tiada yang berlaku tanpa keizinan Allah,” katanya semasa berucap dalam Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya anjuran bersama lebih 200 pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGO) di Stadium Titiwangsa di sini pada 4 Disember lalu.

Himpunan anjuran YADIM itu telah berjaya menarik hampir 20,000 orang yang sanggup bersesak memenuhi segenap ruang di Stadium Titiwangsa termasuk masyarakat Islam Rohingya yang menetap di negara ini.

Malah, ribuan lagi peserta himpunan berkenaan juga sanggup menunggu di luar stadium untuk sama-sama menyertai himpunan tersebut bagi mengutuk kekejaman yang dilakukan Kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Islam Rohingya.

Mereka berkumpul sejak pukul 7.30 pagi sambil membawa pelbagai sepanduk se­perti Stop Killing Muslim, Stop The Genocide of Muslim Rohingya dan Stop Killing My Family in Myanmar bagi membantah kekejaman yang dilakukan kerajaan Myanmar itu.

Himpunan itu juga dihadiri oleh Perdana Menteri, Dato’Sri Najib Tun Razak serta pemimpin lain termasuk dari parti PAS seperti Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Stadium Titiwangsa juga bergema dengan laungan Hidup Rohingya! Hentikan kekejaman! dan Hentikan kezaliman! sepanjang himpunan itu berlangsung.

Mereka yang menyertai himpunan berkenaan turut tersentuh hati ketika mengaminkan bacaan doa Qunut Nazilah bagi memohon keselamatan masyarakat Islam Rohingya yang dibacakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Himpunan tersebut dimulakan dengan ucapan daripada pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang secara tegas mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan terhadap masyarakat Islam Rohingya.

Kemuncaknya, himpunan tersebut telah menyerahkan Deklarasi Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya kepada Perdana Menteri bagi tindakan pihak kerajaan dalam menyelesaikan isu tersebut.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *