Home » Citra Yadim » YADIM bantu pelajar mualaf

YADIM bantu pelajar mualaf

KUCHING 17 Januari – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program  Ceramah Motivasi dan Program Bantuan Persekolahan 2017 pada 16 Januari bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu Sri Aman, Sarawak.

Pengurus Eksekitif YADIM Zon Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat berkata, dalam program berkenaan, YADIM telah menyampaikan bantuan kepada 30 pelajar yang terdiri daripada golongan mualaf dan miskin.

Katanya, program berkenaan adalah kerjasama di antara YADIM dan Yayasan Ikhlas bertujuan membantu golongan miskin dan mualaf meringankan beban ketika penggal persekolahan baru dibuka.

“Program ini juga mendapat sokongan daripada pengetua SMK Melugu Sri Aman iaitu Encik Jamit anak Ajok yang sentiasa berusaha memastikan keperluan pelajar-pelajar di sekolahnya dapat dipenuhi dengan sebaik-baiknya,’’ katanya.

Beliau berkata, pengetua berkenaan, malahan telah membenarkan kuarters lama sekolah berkenaan dijadikan surau yang sekaligus menjadi pusat aktiviti pelajar-pelajar Muslim berkenaan.

Katanya, keprihatinan itu sangat dihargai, apatah lagi pelajar Muslim adalah golongan minoriti di sekolah berkenaan sehinggakan usaha menjadikan kuarters lama sebagai surau itu pernah mendapat tentangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Alhamdulillah, dengan keprihatinan beliau pelajar Muslim kini mempunyai surau yang dapat memudahkan mereka beribadat dan melakukan pelbagai perkara termasuk mengadakan majlis-majlis ilmu,’’ katanya.

Menurutnya, YADIM juga akan memantau kawasan Melugu melalui penempatan Daie YADIM bagi memberi bimbingan kepada para pelajar Muslim berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *