Home » Langit Terbuka » Islam bukan punca keganasan: Merkel

Islam bukan punca keganasan: Merkel

MUNICH, 19 Februari : Canselor Jerman, Angela Merkel berkata, Islam bukan punca keganasan dan penyertaan negara Islam dalam menentang keganasan adalah penting.

Merkel berkata demikian semalam ketika berucap pada Persidangan Keselamatan Munich yang turut dihadiri Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence.

Katanya, hubungan antara Eropah dan Russia masih kekal mencabar tetapi adalah penting untuk bekerjasama dengan Russia dalam usaha menentang keganasan.

“Perjuangan bersama menentang keganasan adalah bidang yang kita ada kepentingan bersama dan kita boleh bekerjasama,” kata Merkel.

Katanya beliau juga mahu membincangkan isu serangan siber dan berita palsu dengan Russia tetapi persoalannya sama ada masalah berita palsu berjaya dikemukakan sebelum pilihan raya Eropah.

“Kita tahu Russia berkomunikasi secara terbuka dan ia melihat peperangan hibrid iaitu gabungan strategi peperangan secara konvensional dan siber sebagai satu bentuk pertahanan.

Jika saya boleh laksanakan satu perkara, alangkah baiknya untuk mendapatkan topik ini, sebagai contoh agenda dalam rangka rundingan dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara – NATO-Russia,” katanya.

Merkel merayu kepada AS dan negara lain supaya menyokong dan meningkatkan organisasi pelbagai hala seperti Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan NATO, pakatan yang menjadi ikrar Pence sebagai komitmen tidak berbelah-bahagi.

“Kita akan terus bekerjasama atau mungkinkah kita kembali kepada peranan secara individu?,” katanya. – SAUDI GAZETTE

– www.menara.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *