Home » Citra Yadim » Kunjung hormat Darul Tauhid

Kunjung hormat Darul Tauhid

PURTAJAYA 22 Mac – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menerima kunjung hormat dari delegasi Darul Tauhid, iaitu sebuah organisasi dakwah dari Indonesia yang bergiat dalam pelbagai aktiviti termasuk perniagaan, pendidikan dan media.

Dalam kunjung hormat yang diadakan pada 17 Mac itu, delegasi Darul Tauhid telah diwakili oleh lima orang iaitu Pengurus Cawangan Sumatera DPU, Ustaz Deny Rizky Setiawan, Pimpinan DPU Riau, Hur Aisyah, Bendahara DPU Riau, Asrifa Rahmawati Bate, dan wakil dari Darul Tauhid Malaysia iaitu Hariffudin Osman dan Abdul Jalil Ahamed Kutty.

Delegasi berkenaan telah diberi sambutan oleh Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Mohamad dan pegawai-pegawai yang lain.

Dalam taklimatnya, Ustaz Deny memberitahu, Darul Tauhid merupakan sebuah organisasi yang diasaskan oleh Kiyai Abdullah Gymnastiar iaitu seorang pendakwah terkenal, penyanyi dan penulis buku di Indonesia.

“Beliau telah membangunkan Darul Tauhid sebagai salah satu medium menyampaikan dakwahnya secara efektif.

“Antara yang dibangunkan termasuk Super Mini Market (SMM),  Cottage and Cafetaria Daarul Jannah,  Baitul Mal wat Tamwil (BMT), Lembaga Pendidikan dan Pelatihan Ekonomi Syariah (LP2ES) dan Global Servis Provider (PT. GSP),’’ katanya.

Beliau berkata, selain itu, Darul Tauhid juga mempunyai banyak anak syarikat yang menguruskan ekonomi dan medianya,  antaranya, PT. Madinatussalam dan PT. Manajemen Qolbu Televisi (pengelola produksi dan stesen televisyen).

Selain itu, katanya, Darul Tauhid juga mempunyai syarikat yang mengeluarkan produk pengguna dan urusan umrah dan haji iaitu PT. MQ Consumer Goods dan PT. MQ Tours and Travel.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *