Home » Citra Yadim » YADIM Utara terima penghargaan daripada Jabatan Penjara

YADIM Utara terima penghargaan daripada Jabatan Penjara

SUNGAI PETANI – Komitmen Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara dalam melaksanakan pelbagai program melibatkan penghuni penjara di Kedah telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Penjara Malaysia.
Atas usaha yang dilakukan itu, Jabatan Penjara Malaysia telah memberikan sijil penghargaan ke[ada YADIM Zon Utara bersempena dengan sambutan Hari Penjara Malaysia ke-227 tahun yang telah diadakan pada 19 Mac lalu di sini.
Pengurus Eksekutif YADIM Zon Utara, Hafsah Husain berkata, penglibatan YADIM Utara dengan program-program penjara khususnya Penjara Sungai Petani telah bermula sejak 2004 dan berlanjutan sehingga kini.
“Sememangnya YADIM amat prihatin terhadap keperluan golongan penghuni penjara terhadap ilmu-ilmu agama terutama apabila mereka dibebaskan kelak.
“Justeru, saban tahun kami mengadakan program Wacana Motivasi Penjara bagi menyampaikan ilmu-ilmu agama yang dapat mengukuhkan lagi jati diri penghuni penjara sebagai seorang Islam,’’ katanya.
Sijil penghargaan itu telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Penjara Sungai Petani, Ong Chiang a/l Ong Boon Yieu di perkarangan Padang Jabatan Penjara Sungai Petani.
Selain daripada YADIM terdapat beberapa lagi badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain yang turut aktif menganjurkan pelbagai program bersama Penjara Sungai Petani turut diberikan penghargaan.
Ong Chiang berkata, pihaknya menghargai sumbangan yang diberikan oleh NGO-NGO terlibat dan berharap kerjasama ini akan berterusan dalam memberi pendedahan kepada banduan-banduan, bimbingan dari segi rohani juga amat perlu dibantu.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *