Home » Citra Yadim » Dakwah menggunakan pendekatan sosial

Dakwah menggunakan pendekatan sosial

JOHOR BAHRU 13 April – Pendekatan dakwah yang pelbagai adalah penting bagi mendekati pelbagai golongan sasaran dan dengan sebab itu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan mencuba pelbagai pendekatan termasuk menganjurkan program-program berbentuk sosial.
Pengurus Eksekutif YADIM Zon Selatan, Muhammad Ammar Abdullah berkata, antara pendekatan dakwah yang digunakan termasuk mengadakan program sosial melibatkan sukarelawan dan pelajar-pelajar sosial yang diselitkan dengan slot ceramah.
“Antara program yang diadakan menggunakan konsep ini termasuk program Ziarah Prihatin dan Street Dakwah Bersama Pelajar Sekolah Menengah Islam As-Syddiq yang telah diadakan pada 30 Mac lalu.
“Program ini melibatkan ahli-ahli Sukarelawan Al-Falah Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru serta pelajar-pelajar sekolah berkenaan yang secara tidak langsung menyemai sifat-sifat kesukarelaan di kalangan golongan muda,’’ katanya.
Beliau berkata, pada program itu, ahli-ahli Sukarelawan IKM Johor Bahru telah mengadakan aktiviti memperbaiki kerosakan pada bangunan sekolah berkenaan bersesuaian dengan kemahiran yang mereka miliki.
Katanya, program dakwah menggunakan pendekatan sosial itu juga mampu menerapkan rasa keprihatinan golongan muda terhadap orang lain dan seterusnya mencetuskan rasa cinta kepada intitusi agama Islam.
“Dalam program ini, sesi ceramah turut diadakan yang telah disampaikan oleh Pengarah Biro Tatanegara Negeri (BTN) Johor, Encik Erfino Johari yang menyentuh kenegaraan dalam Islam, sejarah Islam dan jatidiri Muslim,’’ katanya.
Menurutnya, secara amnya, kesemua pelajar sangat berpuas hati dengan program yang diadakan berdasarkan maklum balas baik yang diterima.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *