Home » Citra Yadim » Mencari Keluarga Mithali

Mencari Keluarga Mithali

ANUGERAH Ibu Mithali sememangnya sinonim dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang mewujudkan anugerah ini pada 1980 bagi memberi penghargaan kepada ibu di atas jasa mereka mendidik anak-anak sehingga berjaya dan seterusnya menjadi suri teladan kepada seluruh anggota masyarakat.
Sejak mula diperkenalkan, seramai 10 wanita hebat telah dinobatkan sebagai `Ibu Mithali’ dan mereka kekal menjadi contoh terbaik kepada generasi hari ini dalam membina sebuah keluarga yang sejahtera.
Berikutan kejayaan penganjuran Anugerah Ibu Mithali yang dikhususkan kepada ibu beragama Islam, YADIM telah mengilhamkan pula Anugerah Ibu Malaysia pada 2008 bagi memberi penghargaan kepada ibu-ibu tanpa mengira agama dan bangsa.
Bagaimanapun, Anugerah Ibu Malaysia tidak diteruskan, sebaliknya YADIM memperluaskan penganugerahan berkenaan dengan mewujudkan Majlis Anugerah Keluarga Mithali pada 2014, memandangkan kejayaan sesebuah institusi keluarga itu tidak terletak di atas bahu seseorang ibu sahaja, tetapi juga bapa dan seluruh anggota keluarga itu.
Di bawah Majlis Anugerah Keluarga Mithali, anugerah-anugerah dibahagikan kepada empat kategori iaitu Anugerah Keluarga Mithali, Anugerah Bapa Mithali, Anugerah Ibu Mithali dan Anugerah Pewaris Harapan.
Secara asasnya, Majlis Anugerah Keluarga Mithali ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada keluarga yang berjaya dalam membentuk anak-anak yang cemerlang, berjaya dan berkualiti.
Justeru, para penerima anugerah ini mampu memberikan teladan kepada anggota masyarakat dalam membentuk keluarga masing-masing agar mampu melahirkan anak-anak yang cemerlang dan seterusnya membentuk sebuah masyarakat harmoni.
Inisiatif mewujudkan anugerah keluarga mithali adalah sebagai menghargai semua individu penting dalam pembentukan sesebuah keluarga, sama ada ibu, bapa dan anak-anak serta seluruh anggota di dalam keluarga berkenaan.
Mereka dinilai daripada pelbagai perspektif, di antaranya ialah kecemerlangan di dalam pendidikan, kejayaan di dalam bidang dan lapangan kerjaya serta sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Di samping itu, cerminan akhlak, sahsiah dan jati diri yang berimej keislaman juga turut diberikan perhatian khusus.
Penganjuran anugerah seumpama ini adalah penting dan amat wajar kerana ia adalah sebagai salah satu usaha untuk memberikan kesegaran kepada institusi kekeluargaan di Malaysia.
Bagi Anugerah Keluarga Mithali 2017, YADIM menjemput anggota masyarakat mencalonkan mana-mana individu yang dirasakan layak dianugerahkan empat kategori berkenaan dengan mengisi borang yang boleh dilayari di laman web YADIM.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *