Home » Langit Terbuka » Zakir bertaraf penduduk tetap

Zakir bertaraf penduduk tetap

PUTRAJAYA 18 April – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik bukan warganegara dan tidak menetap di Malaysia sebaliknya hanya memiliki status penduduk tetap di negara ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Zakir mendapat status penduduk tetap lima tahun lepas dan beliau tinggal di beberapa negara lain.

“Beliau (Zakir) mendapat status penduduk tetap pada lima tahun lepas, beliau bukan warganegara Malaysia,” katanya ketika ditanya sama ada Zakir adalah warganegara Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Ekologi Manusia Antarabangsa anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, Malaysia sedia memberi kerjasama kepada kerajaan India berhubung siasatan terhadap Zakir yang didakwa terlibat dengan aktiviti keganasan melibatkan Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) kendaliannya.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kerjasama itu berasaskan sistem perundangan sedia ada dan rangka kerja hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

“Jika ada permintaan (daripada pihak penyiasat), kita sedia memberi kerjasama sepenuhnya.

“Jika negara itu mempunyai hubungan dan perjanjian de­ngan Malaysia, kerjasama boleh dilakukan atas bantuan perunda­ngan bersama (MLA),” katanya.

Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) dilaporkan memohon polis antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis terhadap Zakir bagi menghalangnya keluar dari Arab Saudi berikutan siasatan berhubung aktiviti keganasan terhadap IRF yang diasaskan olehnya.

Berikutan itu, Zakir ketika ditemu bual oleh sebuah akhbar tempatan baru-baru ini meminta kerajaan India membuat pendakwaan terhadapnya di mahkamah antarabangsa atau di Malaysia.

Mengenai status sama ada Malaysia akan menghantar du­ta ke Pyongyang, Ahmad Zahid berkata, satu perbincangan antara beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan diadakan berhubung perkara itu.

  • https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *