Home » Langit Terbuka » Laporan pemerhati Eropah berat sebelah: Menteri Luar Turki

Laporan pemerhati Eropah berat sebelah: Menteri Luar Turki

ANKARA, 20 April – Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu mendakwa, laporan kritikal pemerhati Eropah berhubung pungutan suara yang meluaskan kuasa Presiden Turki mengandungi beberapa kesilapan yang disengajakan.

Beliau berkata, Pemantau daripada Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) serta Majlis Eropah mendakwa pungutan suara yang dibuat tidak seimbang.

“Laporan OSCE itu tidak boleh dipercayai kerana tidak objektif dan amat berat sebelah,” katanya.

Susulan itu, Perdana Menteri Binali Yildirim berkata, parti pembangkang berhak memfailkan bantahan terhadap keputusan pungutan suara berkenaan, tetapi memberi amaran bantahan jalanan tidak boleh diterima.

Katanya, lembaga pilihan raya akan memutuskan rayuan pembangkang utama, Parti Rakyat Republikan, untuk membatalkan keputusannya.

Parti pembangkang mendakwa berlaku pelbagai penyelewengan terutama keputusan lembaga pilihan raya menerima kertas undi yang tiada cop khas, seperti ditetapkan undang-undang Turki.

Yildirim berkata, usaha mempertahankan hak perlu mengikut proses perundangan dan dia menggesa pembangkang menerima keputusan berkenaan.

Isnin lalu, pungutan suara memperlihatkan rakyat negara itu menyokong perubahan perlembagaan memperluaskan lagi kekuasaan presiden Turki.

Media melaporkan 51.4 peratus mengundi ‘Ya’ dan disokong perubahan Perlembagaan untuk menggantikan sistem parlimen Turki dengan undi presiden, manakala 48.6 peratus lagi mengundi “Tidak”. –Agensi

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *