Home » Langit Terbuka » Datuk Bandar didenda cetus kebencian penduduk Islam

Datuk Bandar didenda cetus kebencian penduduk Islam

PARIS 26 April – Datuk Bandar Bezier, sebuah bandar yang terletak di bahagian selatan Perancis, Robert Menard, didenda 2,000 euro (RM9,513.26) kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kebencian kepada penduduk Muslim tempatan pada tahun lalu.

BBC.com melaporkan, Menard didenda selepas beliau mengatakan terlalu ramai kanak-kanak Muslim di sekolah-sekolah tempatan di laman rasmi Twitter miliknya.

“Di dalam kelas, di pusat bandar saya, 91 peratus adalah kanak-kanak Muslim. Jelas sekali, ini adalah satu masalah. Terdapat had dalam toleransi,” kata Menard dalam siaran televisyen LCI.

Walau bagaimanapun, undang-
undang Perancis melarang sebarang penyataan yang dibuat berdasarkan kepercayaan agama atau kaum seseorang.

Namun, Menard tampil mempertahankan kenyataannya: “Sa­ya hanya menjelaskan keadaan di bandar saya. Itu bukanlah untuk tujuan menilai tetapi fakta. Itu apa yang saya boleh lihat.”

Sementara itu, mahkamah juga memberikan kos mahkamah sebanyak 1,000 euro (RM4,756.63) kepada kumpulan hak asasi manusia yang membawa kes tersebut.

Menard dilaporkan akan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah berkenaan tidak lama lagi.

Dalam perkembangan bera­singan, pendahulu calon Presi­den Perancis, Emmanuel Macron menolak dakwaan bahawa beliau selesa dengan kejayaan memenangi pusingan pertama pilihan raya dan menegaskan kemenangan masih belum dimutlakkan.

Menurut Macron, kemenangan­-
nya pada Ahad lalu membuktikan kepada badan kaji pendapat, Pollster yang selama ini meletakkan dirinya di kedudukan kedua di bawah calon pilihan, Marine Le Pen adalah salah.

“Tiada apa yang dimenangi lagi. Saya akan terus berjuang untuk tempoh dua minggu…Saya akan mempertahankan kem progresif hingga ke akhir,” kata Mac­ron ketika mengadakan lawatan ke sebuah hospital berhampiran Paris semalam. – AGENSI/AFP

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *