Home » Citra Yadim » Wacana Dakwah Israk dan Mikraj

Wacana Dakwah Israk dan Mikraj

KUALA LUMPUR 12 Mei – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan program Wacana Dakwah Forum Perdana yang membicarakan mengenai tajuk `Sambutan Israk Mikraj dan Sambutan Bulan Ramadhan dari Sudut Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah’.

Program itu yang diadakan pada 8 Mei lalu di Surau Nurul Hidayah, Kuchai Lama dilaksanakan dengan kerjasama jawatankuasa Surau Nurul Hidayah dan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan.

Wacana berkenaan menampilkan dua tokoh penceramah yang terkenal iaitu Dato’ Badlishah Alaudin dan  Ustaz Mohd Nidzam Abdul Kadir, serta dikendalikan oleh moderator, Ustaz Ramzi Ramli.

Turut hadir dalam program ini ialah Ahli Dewan Negara, Datuk Senator Mustafa Kamal Mohd Yusof.

Pada keseluruhannya, program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk sekitar dengan kehadiran dianggarkan melebihi 500 orang.

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *