Home » Langit Terbuka » Program “Pride Not Prejudice” Telah Dibatalkan Pengurusan Universiti – Taylor’s University

Program “Pride Not Prejudice” Telah Dibatalkan Pengurusan Universiti – Taylor’s University

PUTRAJAYA 17 Mei – Program “Pride not Prejudice” yang sepatutnya diadakan pada 6-8 Jun 2017 telah dibatalkan oleh pihak pengurusan Taylor’s University.

Menurut Azura Abdullah, Pegawai Komunikasi Korporat Taylor’s University, program tersebut adalah program pelajar dan diadakan sebagai sebahagian daripada tugasan tanpa mendapat restu daripada pihak pengurusan universiti.

Mengambil iktibar daripada insiden ini pihak pengurusan sedang dalam usaha penilaian semula semua kertas cadangan dari pihak pelajar.

Sebelum ini, nama Taylor’s University telah digunakan di dalam poster promosi acara “Pride Not Prejudice” yang menganjurkan perarakan berunsur LGBTIQ yang dijadualkan berlangsung dengan pengisian acara tayangan filem, pondok pameran dan perarakan.

Melalui penjelasan ini, semua isu berkaitan penganjuran acara tersebut telah diselesaikan mengikut saluran yang wajar.- https://www.menara.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *