Home » Citra Yadim » YADIM Sabah bawa anak yatim melawat Kuala Lumpur

YADIM Sabah bawa anak yatim melawat Kuala Lumpur

KOTA KINABALU 19 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur bersama anak-anak yatim pada  14 hingga 17 Jun 2017  bersamaan  19 hingga  22 Ramadhan 1438H yang lalu.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki berkata, program itu dianjurkan bersama oleh YADIM dan Malaysia Airlines (MAS), Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM) dan Yayasan Kebajikan Suria.

“Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada anak-anak yatim tentang pelbagai aspek di negara ini dan dengan itu diharapkan mereka sentiasa berusaha untuk memajukan diri di sebalik kekurangan yang ada pada mereka.

“Program ini disertai oleh 30 orang yang terdiri daripada penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Al-Aman, Beaufort, Yayasan Kebajikan Suria, Tuaran dan Rumah Anak Yatim As-Sakinah Lok Kawi, Papar,’’ katanya.

Pada majlis perlepasan rombongan berkenaan, yang turut hadir adalah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi dan Ketua Pegawai Eksekutif MASWings,  Aminuddin Zakaria.

Samin yang mengetuai rombongan itu berkata, antara tempat yang telah dilawati adalah sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Menara Kembar Petronas, Petrosains dan sekitar ibu negara.

Para anggota rombongan juga katanya, telah dibawa ke Angkasapuri Kuala Lumpur bagi melihat operasi stesen televisyen berkenaan.

“Dalam lawatan itu, para peserta rombongan berpeluang bersiaran secara langsung untuk program Selamat Pagi Malaysia di saluran RTM1 dan melawat Muzium Penyiaran,’’ katanya.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *