Home » Citra Yadim » YADIM Utara raikan anak yatim dan miskin

YADIM Utara raikan anak yatim dan miskin

SIK 19 Jun – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara dengan kerjasama Alumni Belia 4B Negeri Kedah telah mengadakan program Ziarah Kasih dan Iftar di Rumah Anak Yatim dan Miskin Gemilang di sini pada 18 Jun 2017.

Pengurus Eksekutif YADIM Utara, Hafsah Husain berkata, program berkenaan diadakan bagi meraikan anak-anak yatim dan miskin sempena Ramadan agar mereka merasa sedikit kegembiraan sebagaimana kanak-kanak seusia mereka.

“Selain memberikan bantuan, YADIM turut menyediakan slot-slot perkongsian ilmu yang disampaikan dalam bentuk santai kepada para penghuni rumah berkenaan,’’ katanya.

Beliau berkata, dalam program berkenaan juga telah diadakan pelbagai aktiviti antaranya termasuk taklimat berkaitan rumah anak yatim berkenaan, tazkirah motivasi oleh Pencetus Ummah Azraie, penyampaian sumbangan duit raya kepada para penghuni, majlis iftar bersama dan solat jemaah.

Katanya, program yang diadakan telah sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada kanak-kanak berkenaan agar mereka sentiasa berusaha memajukan diri sendiri di sebalik kekurangan yang mereka miliki.

Menurutnya, secara keseluruhannya, para penghuni rumah berkenaan merasa amat bersyukur kerana telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak yang sentiasa berusaha membantu rumah berkenaan termasuk dari sudut perkongsian ilmu.

Beliau berkata, program ini adalah bertepatan dengan sepotong hadis nabi yang bermaksud, ` Dari Ibnu Abbbas r.a bahawa Nabi S.A.W. bersabda: Barangsiapa yang memberi minum seorang anak yatim di antara kaum muslimin. Maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali dia melakukan satu dosa yang tidak diampuni.’

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *