Home » Citra Yadim » Sahabat YADIM berjaya anjur Irsyad 2017.

Sahabat YADIM berjaya anjur Irsyad 2017.

PUTRAJAYA 21 Jun – Buat sekian kalinya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah berjaya menganjurkan program Iktikaf Ramadhan Sahabat Yadim (Irsyad 2017), iaitu sebuah program untuk mengimarahkan masjid sempena bulan Ramadan.

Pengurus Eksekutif Bahagian Kepimpinan Muda (Kemuda) YADIM, Zaman Karulani berkata, yang menarik mengenai program ini adalah ia dilaksanakan oleh ahli-ahli Sahabat YADIM yang merupakan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

“Program ini diljayakan oleh ahli-ahli Sahabat YADIM dari institusi-institusi pengajian tinggi dan ia sekaligus menjadi platform kepada mereka untuk memahirkan diri dalam melaksanakan program kemasyarakatan dan dakwah.

“Sememangnya antara tujuan penubuhan Sahabat YADIM adalah untuk melahirkan golongan muda yang mempunyai daya kepimpinan serta mampu berperanan dalam masyarakat terutama dalam melaksanakan dakwah,’’ katanya.

Menurutnya, program berkenaan yang masuk tahun ketiga penganjurannya, juga bertujuan untuk mendekatkan YADIM dengan masyarakat di peringkat akar umbi serta memberikan pendedahan kepada golongan muda  berinteraksi dengan masyarakat setempat.

Beliau menjelaskan, sepanjang Irsyad diadakan pelbagai aktiviti diadakan termasuk sahur jamaie, tarawih berjemaah, qiamulail, iftar jamaie, keluarga angkat, street dakwah, dhuha perdana, ziarah asnaf, tadarus berjemaah, ikhtikaf berjemaah, usrah dan klinik tahsin ibadah.

Lokasi-lokasi untuk program Irsyad 2017 adalah Masjid Al-Bukhary Alor Setar, Kedah pada 28 hingga 30 Mei), dan dikuti oleh Masjid Ar Rahim Keningau, Sabah pada 27 hingga 29 Jun.

Irsyad 2017 seterusnya akan dilaksanakan di Masjid At-Taqwa Kampung Paroi Seremban, Negeri Sembilan (2 hingga 4 Jun), Masjid Jamek Felda Kerteh 5, Terengganu (8 hingga 10 Jun) serta Masjid Al-Husna Batu Bertangkup, Perlis dan Masjid Darul Abidin Petra Jaya, Kuching, Sarawak yang diadakan serentak pada  9 hingga 11 Jun.

Program kemudiannya akan diadakan secara serentak di tujuh lokasi pada 16 hingga 18 Jun iaitu di Masjid Seri Ampangan Nibong Tebal, Pulau Pinang, Masjid Muhammad Al-Fateh,  Ipoh, Perak, Masjid Saidina Ali Bukit Sentosa,  Rawang, Selangor, Masjid Al-Azim,  Melaka, Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Johor, Masjid Saidina Ali Bukit Sekilau,  Kuantan dan Masjid Ayesha, Kok Lanas, Kelantan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *