Home » Citra Yadim » MDN tubuh Panel Cendiakawan Ulung

MDN tubuh Panel Cendiakawan Ulung

PUTRAJAYA 14 Julai – Majlis Dakwah Negara (MDN) telah mengadakan majlis pelancaran Panel Cendiakwan Ulung (PCU)  yang disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,  Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B), pada 13 Julai di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Dalam majlis itu, seramai 22 orang cendekiawan Muslim telah diberikan watikah pelantikan sebagai ahli PCU.

Panel ini akan dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Zakaria Stapa dengan dua tokoh iaitu Prof. Madya Lt.Kol DR. Burhanudin bin Jalal dan Prof. Madya Dr. Mohamad Azam Mohamad Adil dilantik sebagai Setiausaha 1 dan 2.

Ahli-ahli PCU yang lain adalah Prof. Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Ahmad Bajunid, Prof Emeritus Chamhuri Siwar, Prof Emeritus Dato’ Dr Baharuddin Yatim, Prof Emeritus Dato’ Dr Isahak Haron, Prof Emeritus Dato’ Dr Abdul Latif Mohamad, Prof Emeritus Dato’ Dr Abdul Samad Hadi, Prof Emeritus Ezrin Arbi, Prof Emeritus Dr Hashim Musa, Prof Emeritus Dr Abdullah Zakaria Ghazali, Prof Emeritus Puan Seri Dr Mizan Ahmad Ibrahim, Prof Dr Abdul Basir Mohamad, Prof Dr. Abdullah Alwi Bin Hasan, Prof Dato’ Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan, Prof Dato Dr Mohamad Razak, Prof Dr Abdul Samat Musa, Prof Dr Wan Kamal Mujani, Prof Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, Prof Dr Abdullah Gani, Prof Dato’ Dr Abdul Halim Tamuri dan SS Dato Sri Dr Abdul Rahman Osman

Turut diadakan selepas majlis berkenaan adalah Forum Khas Perpaduan Ummah dengan barisan ahi panelinya terdiri daripada Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abd Rahman Arshad, Prof Datin Paduka Datuk Dr Ramlah Adam dan Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

Secara ringkasnya, objektif penubuhan PCU adalah untuk memperhalusi dan mengenal pasti isu-isu semasa ummah, khususnya berkaitan perpaduan,yang timbul di tengah masyarakat bagi memberikan respons positif ke arah penyatuan dan kelestarian hidup ummah.

PCU juga berperanan meneliti, menganalisis dan membuat penyelidikan secara mendalam terhadap isu-isu yang sudah dikenal pasti bagi menghasilkan natijah ilmiah yang boleh dihormati oleh ummah secara keseluruhan.

Selain itu, PCU juga memberi nasihat dan pandangan kepada pihak-pihak berkepentingan dalam negara berdasarkan natijah dan dapatan hasil daripada penelitian dan analisis yang dilakukan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *