Home » Langit Terbuka » TPM ingatkan jemaah haji jaga nama baik Malaysia

TPM ingatkan jemaah haji jaga nama baik Malaysia

BAGAN DATUK 16 Julai- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan jemaah haji agar sentiasa menjaga disiplin bagi mengekalkan pengiktirafan Malaysia sebagai negara punya jemaah haji terbaik dunia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pengiktirafan tersebut juga menunjukkan Tabung Haji telah melakukan yang terbaik selama 54 tahun menguruskan jemaah haji Malaysia bermula dari proses pemilihan, menyediakan kursus kepada bakal haji sehingga selesai.

“Pemerintah Arab Saudi sememangnya mengiktiraf jemaah Malaysia kerana jemaah kita sentiasa berkelakukan baik.

“Oleh itu kita perlu memastikan kelangsungan menjaga hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi yang telah terjalin sekian lama,” katanya.

Beliau berucap di majlis meraikan 72 jemaah haji kawasan Parlimen Bagan Datuk bagi tahun ini di Dewan Datuk Mohamed Jamrah, Sungai Sumun di sini hari ini.

Dalam majlis itu Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk turut menyampaikan sumbangan peribadi wang tunai 500 Riyal (RM570) dan cendera hati kepada jemaah terlibat.

Beliau turut mengingatkan bakal jemaah agar meninggalkan perbezaan politik sebelum berangkat ke tanah suci.

“Walapun kita berbeza fahaman politik, pegangan dan ideologi, saya tidak izinkan bergaduh dekat sana. Sebagai tetamu Allah, lupakan dan tinggalkanlah perkara ini dekat belakang (Malaysia).

“Jemaah yang dapat menunakan haji tahun ini perlu bersyukur kerana sesiapa yang baharu sahaja mendaftar haji tahun ini hanya dijangka mendapat peluang mengerjakan ibadat itu 107 tahun lagi,” katanya. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *