Home » Citra Yadim » Majlis Tautan Ukhwah YADIM Bersama NGO Islam

Majlis Tautan Ukhwah YADIM Bersama NGO Islam

PUTRAJAYA 25 Julai – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan Majlis Tautan Ukhwah YADIM Bersama NGO-NGO Islam sempena Hari Raya Aidilfitri  pada 20 Julai lalu di Kompleks Islam Putrajaya.

Eksekutif Kanan MAIM, Ahmad Shukri Abdul Majid berkata, pada majlis itu seramai 100 orang dari kalangan pimpinan NGO-NGO Islam Malaysia hadir.

“Dianggarkan 1,000 orang secara keseluruhan hadir dalam majlis yang terdiri daripada ahli-ahli NGO Islam seluruh negara yang bernaung di bawah MAIM,’’ katanya.

Beliau berkata, majlis ini diadakan bagi membolehkan para aktivis NGO Islam berkumpul sempena Hari Raya Aidilfitri dan secara tidak langsung merapatkan ukhuwah sesama mereka.

Katanya, sememangnya menjadi hasrat MAIM untuk melihat para aktivis NGO ini sentiasa bertemu dan bertukar fikiran dan penganjuran majlis Hari Raya berkenaan adalah di antara yang boleh dilakukan bagi mencetuskan perhubungan sesama mereka.

Ujarnya, majlis berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom serta beberapa ketua agensi agama seperti Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha serta tetamu dari agensi di sekitar Kompleks Islam Putrajaya.

“Sebelum majlis ini bermula, turut diadakan adalah sesi  perbincangan meja bulat(RTD) NGO Islam  bertajuk Menangani Ancaman Terhadap Islam Dan Melayu di ibu pejabat YADIM,’’ katanya.

RTD berkenaan, katanya dipengerusikan oleh Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya, manakala pembentangan dilaksanakan oleh Timbalan UMMAH, Kamaruzzaman Mohamad dan Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM),

  1. Karim Omar.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *