PUTRAJAYA 10 Ogos – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah bagi memper­kukuhkan sistem perundangan syariah selaras kedudukan agama Islam dalam perlembagaan.

Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha (gambar) berkata, me­syuarat Jemaah Menteri pada 4 Ogos lalu memberi mandat kepada pihaknya menjadi urus setia jawatankuasa itu bagi melaksanakan cadangan memperkasa mahkamah syariah yang diputuskan oleh Kabinet.

Menurut beliau, jawatankuasa tersebut akan mempunyai dua jawatankuasa pelaksana iaitu pemandu dan induk.

“Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Presiden Universiti Islam Malaysia, Tan Sri Dr. Yusof Noor. Pemilihan beliau atas berlandaskan pengalaman luas dan ketokohan beliau dalam pelbagai bidang.

“Ia juga dianggotai oleh tokoh tempatan yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dengan sebahagian daripada mereka mengetuai enam kluster,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Othman berkata, enam kluster tersebut antaranya adalah mengharmonikan antara undang-undang sivil dan syariah, cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dan pengurusan serta penstrukturan mahkamah syariah.

“Tiga kluster lain membabitkan latihan hakim dan pegawai syariah, pendidikan undang-undang syariah dan hal ehwal berkaitan peguam syarie.

“Keanggotaan ahli jawatankuasa ini dikenalpasti dan pelantikan rasmi akan dibuat dalam tempoh terdekat,” katanya. – www.utusan.com.my

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

clear formSubmit