Home » Citra Yadim » YADIM anjur Mukhayyam Sahabat YADIM

YADIM anjur Mukhayyam Sahabat YADIM

PUTRAJAYA 18 Ogos – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui Bahagian Kepimpinan Muda (Kemuda) akan menganjurkan 13 siri Mukhayyam Sahabat YADIM (MUHSIN) bermula 11 Ogos sehingga 27 Ogos depan.

Pengurus Eksekutif Kemuda, Zamani Karulani berkata, MUHSIN adalah satu program perkhemahan anjuran Sahabat YADIM negeri yang memilih tapak kem yang bersekitar hutan dan sungai dan diisi dengan pelbagai aktiviti yang dapat membina jati diri para peserta.

“Program perkhemahan adalah antara aktiviti yang digemari oleh golongan muda, justeru, Kemuda menganjur MUHSIN yang bukan sekadar perkhemahan tetapi juga diisi dengan aktiviti yang bermanfaat bagi pembinaan diri para peserta,’’ katanya.

Beliau berkata, program ini dikelolakan sendiri oleh ahli-ahli Sahabat YADIM yang merupakan para pelajar intitusi pengajian tinggi di negara ini melibatkan 13 negeri.

Katanya, melalui program ini, YADIM juga berharap dapat mengeratkan tali silaturahim antara ahli Sahabat YADIM Negeri, meningkatkan daya kreativiti dan semangat pasukan melalui aktiviti fizikal di samping dapat mengambil kesempatan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Sahabat YADIM Negeri.

Lokasi MUHSIN untuk tahun ini adalah seperti berikut:

 

  1. MUHSIN Pulau Piang pada 11 hingga 13 Ogos 2017 di Bintang Sedim Villa, Tree Top Walk Sungai Sedim
  2. MUHSIN Sabah pada 14 hingga 16 Ogos 2017 di Polumpung Melangkap View Campsite, Kota Belud
  3. MUHSIN Kedah pada 15 hingga 17 Ogos 2017 di Bendang Man Motivation Camp, Sik Kedah
  4. MUHSIN Terengganu pada 17 hingga 19 Ogos 2017 di Cemerung Outdoor Adventure , Kampung Jongok Batu
  5. MUHSIN Sarawak pada 18 hingga 20 Ogos 2017 di Sir Beach Resort, Lundu, Sarawak
  6. MUHSIN Wilayah Persekutan dan Selangor pada 18 hingga 20 Ogos 2017 di Serama Adventure Park, Durian Tunggal, Melaka
  7. MUHSIN Kelantan pada 18 hingga 20 Ogos 2017 di Kem Telaga Bijih, Tanah Merah
  8. MUHSIN Pahang pada 18 hingga 20 Ogos 2017 di Kela Adventure Camp, Raub
  9. MUHSIN Perak pada 18 hingga 20 Ogos 2017 di D’Wasin Campsite and Village Gerik
  10. MUHSIN Johor pada 21 hingga 23 Ogos 2017 di Taman Hutan Lagenda, Gunung Ledang, Tangkak, Johor
  11. MUHSIN Perlis pada 21 hingga 23 Ogos 2017 di Kaki Bukit, Gua Kelam, Perlis
  12. MUHSIN Melaka pada 25 hingga 27 Ogos 2017 di Kompleks MSN Saujana Asahan, Jasin, Melaka
  13. MUHSIN Negeri Sembilan pada 25 hingga 27 Ogos 2017 di Sedanan Outdoor Camp Jasin Melaka

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *