Home » Citra Yadim » Malam Burdah Johor penuh pengisian rohani

Malam Burdah Johor penuh pengisian rohani

JOHOR BAHRU: Malam Burdah Johor yang julung kali diadakan di Pekarangan Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini, di sini, pada 18 Ogos lalu, berjaya menarik penyertaan lebih 2,000 pengunjung.

Program anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Selatan dengan Yayasan Penyayang Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) itu turut mendapat kerjasama Ahli Sunnah Research Group (ARG).

Pengurus Besar Operasi YADIM, Redhauddin Kamaruzaman, berkata inisiatif yang dijalankan itu menjadi antara platform bagi memberi pendedahan mengenai hiburan Islamik yang mendidik jiwa sebagai alternatif terbaik kepada masyarakat khususnya dalam kalangan Muslim.

Katanya, program yang turut menyaksikan penyertaan kumpulan Ahli Sunnah Wal Jamaah, pelajar dari pusat pengajian Islam, selain komuniti itu secara tidak langsung menyemarakkan medium dakwah, selain dakwah sedia ada dalam menghayati kehidupan sebagai seorang Muslim.

“Burdah adalah suatu Qasidah (lagu-lagu) yang berisi syair mengenai pujian atau selawat kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Syair ini diciptakan oleh Imam Al-Busiri yang berasal dari Mesir.

Antara pengunjung yang hadir memeriahkan Malam Burdah Johor yang diadakan di Pekarangan Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini, Johor Bahru. – Foto Nurul Amanina Suhaini

“Qasidah Burdah ini menghuraikan tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW, selain pujian terhadap baginda, nilai spiritual, cinta kasih, doa, selain pujian terhadap al-Quran, Isra Mi’raj, jihad dan tawasul,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis Malam Burdah Johor yang disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar merangkap Pengerusi Yayasan Penyayang MPJBT, Mohammad Khairi A Malik.

Yang turut hadir, Pengerusi Masjid Al-Jawahir Mutiara Rini, Anoar Sarimin.

Pada majlis itu, turut diadakan pelancaran enam kitab antaranya Terjemahan Kitab: Al-Haj Fadail Wa Ah Kam; fatwa yang sudah diputuskan oleh Dato’ Sayyid Alwi Al-Haddad; Akidah Murshidah dan Tahawiyah; selain Aqidatul Awwam serta Akidah Salaf: Meluruskan Kekeliruan Salafi Wahhabi.

Qasidah Burdah mempunyai 160 bait yang ditulis dengan gaya bahasa atau uslub yang indah, lembut dan penuh bermakna

Kitab yang dilancarkan itu sebagai bahan kelas pengajian kitab yang akan diguna pakai di 30 cawangan ARG Johor seluruh negeri. – www.bharian.com.my

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *