Home » Citra Yadim » Program ibadah korban Sukarelawan Al-Falah Pahang

Program ibadah korban Sukarelawan Al-Falah Pahang

MUADZAM SHAH 5 Sept.  – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui pasukan Sukarelawan Al-Falah Negeri Pahang dan Politeknik Muadzam Shah telah menganjurkan program majlis sambutan Aidil Adha dan ibadah korban pada 4 September.

Program telah diadakan di Pusat Islam Politeknik Muadzam Shah dan melibatkan ahli-ahli Sukarelawan Al-Falah dari politeknik berkenaan serta ahli-ahli dari dari Felda Chini Timur 3, Pekan.

Lebih menarik, program berkenaan turut disertai oleh masyarakat Orang Asli Kampung Buloh Nipis, Muadzam serta warga kerja Politeknik Muadzam Shah.

Pada program itu sebanyak lima ekor lembu telah dikorbankan termasuk seekor yang disumbangkan oleh YADIM.

Program berkenaan telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Operasi YADIM, Encik Redhauddin Kamaruzaman yang antara lain turut mengalu-alukan penyertaan ahli-ahli Sukarelawan Al-Falah dalam program kemasyarakatan yang merupakan di antara tujuan penubuhan badan sukarela itu.

Selain itu, turut hadir adalah Pengarah, Politeknik Muadzam Shah, Encik Wan Mohd Afifi Wan Abdullah yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan.

Daging korban berkenaan telah di serahkan kepada wakil masyarakat Islam Orang Asli Kampung Buloh Nipis dan masyarakat Felda Chini Timur 3.

Selain daripada majlis berkenaan, Pengurus Besar Operasi YADIM turut mengadakan majlis  perjumpaan dan sesi dialog bersama-sama ahli Sukarelawan Al-Falah Negeri Pahang.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *