Home » Langit Terbuka » 31 tahun lalu, baginda Islamkan kami

31 tahun lalu, baginda Islamkan kami

BALING 13 Sept. – Memeluk Islam di hadapan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sekitar 1986 adalah kenangan terindah buat 50 keluarga Orang Asli Ken Sieu dari Kampung Lubuk Legong, di sini.

Tok Batin, Razali Kulim berkata, Almarhum baginda individu pertama mengislamkan masyarakat Orang Asli di kampung tersebut.

Katanya, pengalaman manis lebih 30 tahun itu masih diingati hingga hari ini.

“Bawah khemah sekitar jam 11.30 pagi di kampung inilah, baginda mengislamkan kami termasuk saya yang waktu tu masih belasan tahun,” ujarnya.

Katanya,  Almarhum sentiasa ambil berat permasalahan masyarakat Orang Asli Ken Sieu.

“Baginda melalui pegawai istana atau penghulu mukim selalu bertanya khabar termasuk beri bantuan makanan,” ujarnya.

Katanya, Almarhum selalu berpesan agar berpegang teguh dengan ajaran Islam.- www.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *