Home » Citra Yadim » YADIM santuni golongan Saudara Kita di pedalaman Sabah

YADIM santuni golongan Saudara Kita di pedalaman Sabah

KOTA KINABALU 20 Sept. – Dalam usaha menyantuni golongan Saudara Kita di kawasan pedalaman Sabah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan program Sayangi Saudara Kita (Ziarah Dakwah) di Kampung Seri Menanti, Daerah Kecil Sook, Keningau pada 15 dan 16 September lalu.

Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki berkata, program berkenaan selain dapat merapatkan hubungan dengan golongan Saudara Kita di  kawasan berkenaan, juga bertujuan untuk YADIM Sabah menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau berkata, program berkenaan telah mendapat sambutan yang begitu baik daripada penduduk setempat dan dianggarkan seramai 100 orang telah hadir dalam program-program yang telah dianjurkan sepanjang dua hari itu.

“Program ini telah mendapat kerjasama daripada  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Kecil Sook, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Daerah Keningau,’’ katanya.

Beliau berkata, pada 15 September, di antara program yanngdianjurkan termasuk sukaneka, sukan serta program Tanyalah Mufti.

Dalam program Tanyalah Mufti, beliau berkata, Mufti Kerajaan Negeri Sabah , Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar telah sudi hadir bagi menyampaikan ceramah yang diadakan selepas solat Maghrib di  Surau Al-Amin Kampung Seri Menanti, Daerah Kecil Sook Keningau.

Katanya, turut diadakan adalah taklimat pencegahan kebakaran dan demonstrasi oleh Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sabah Daerah Keningau.

“Manakala pada 16 September, telah diadakan majlis perasmian program yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sook yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah,  Datuk Alfred Ellron Angin,’’ katanya.

 

sayangai saudara kita sook 15 -16 sept

 

 

Pada majlis itu, katanya, telah diadakan majlis penyerahan sumbangan kepada Saudara Kita dan ziarah ke beberapa buah rumah terpilih untuk penyampaian sumbangan.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *