Home » Citra Yadim » Mendidik generasi muda mengenai muamalah Islam

Mendidik generasi muda mengenai muamalah Islam

muamalah milenia muamalah milenia (2) muamalah milenia (3)

PUTRAJAYA 3 Sept. – Dalam usaha mendidik dan memberi pengetahuan kepada golongan muda mengenai muamalah Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menganjurkan siri Program Muamalah Milenia 2017 di tiga buah negeri pada 21 hingga 28 September lepas.

Pengurus Eksekutif  Bahagian Muamalah YADIM, Shahrizal Mat berkata, tiga buah negeri terbabit adalah Johor pada 21 September, Terengganu (26 September) dan Kelantan (28 September) melibatkan seramai 640  pelajar Kolej Vokasional iaitu Kolej Vokasional Perdagangan, Johor Bahru, Kolej Vokasional Pengkalan Chepa dan Kolej Vokasional Dungun.

“Antara lain program ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan budaym Muamalah di dalam kalangan umat Islam serta membantu melahirkan lebih ramai daie yang berpengetahuan dalam kewangan Islam.

“Pendedahan mengenai aspek-aspek muamalah Islam ini adalah penting bagi memastikan generasi muda berkenaan faham dan seterusnya menggunakan instrumen kewangan Islam dalam kehidupan mereka,’’ katanya.

Beliau berkata, kefahaman mengenai muamalah Islam adalah penting kerana ia adalah perkara yang diwajibkan dalam agama dan akan memberikan kesan yang besar dalam kehidupan mereka seterusnya.

Menurutnya, YADIM sememangnya menyasarkan golongan muda dalam memberi penjelasan mengenai muamalah Islam kerana golongan berkenaan akan memasuki pasaran kerja dan oleh yang demikian adalah penting bagi mereka sentiasa memastikan menggunakan instrumen kewangan Islam.

“Dalam program sehari berkenaan, para peserta telah diberikan penjelasan yang mendalam mengenai pelbagai aspek dalam muamalah Islam iaitu takaful dan pengurusan kewangan Islam oleh pakar-pakar dalam bidang berkenaan,’’ katanya.

Beliau menjelaskan, sebelum tiga program berkenaan diadakan, YADIM juga telah melaksanakan program yang sama di lokasi yang lain dan akan terus melaksanakan program berkenaan bagi memastikan kefahaman mengenai muamalah Islam dapat disebarluaskan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *