Home » Citra Yadim » KDMM 6.0 lahirkan generasi muda berjiwa dakwah

KDMM 6.0 lahirkan generasi muda berjiwa dakwah

 

KDMM 6 KDMM 1 KDMM 4 KDMM 2

 

PUTRAJAYA 5 Okt. – Dalam usaha melahirkan golongan muda berjiwa daie, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan enam siri Kem Daie Muda Matrikulasi (KDMM 6.0) secara serentak bermula 22 September hingga 24 September lalu.

Pengurus Eksekutif Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM, Zaman Karulani berkata, program tahunan berkenaan telah disertai seramai 700 peserta yang merupakan pelajar-pelajar matrikulasi seluruh negara.

“Program kali ini diadakan mengikut zon iaitu Zon Selatan, Tengah, Timur, Utara, Sabah dan Sarawak dan telah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti taklimat isu-isu semasa, latihan dalam kumpulan, forum’’ katanya.

Beliau berkata, program berkenaan telah mendapat kerjasama daripada Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan melibatkan 17 buah matrikulasi terpilih seluruh Malaysia.

Secara ringkasnya, jelasnya, tujuan penganjuran program KDMM ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang beridealisme Islam dan berjiwa dakwah yang secara langsung membolehkan mereka menjadi agen dalam pembentukan masyarakat yang ideal.

“Selain itu, program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang ancaman pemikiran yang melanda umat Islam pada hari ini serta isu-isu yang boleh menggugat perpaduan masyarakat,’’ katanya.

Berikut adalah lokasi program KDMM 6.0 yang telah diadakan:

 

ZON TEMPAT MATRIKULASI TERLIBAT JUMLAH PESERTA
ZON SELATAN Kolej Matrikulasi Melaka – KM Melaka- KM Johor

– KM Teknikal Johor

117 orang
ZON TENGAH Kolej Matrikulasi Selangor – KM Selangor- KM Negeri Sembilan

– KM Perak

105 orang
ZON TIMUR Kolej Matrikulasi Kelantan – KM Kelantan- KM Pahang

– KM Teknikal Pahang

113 orang
ZON UTARA Kolej Matrikulasi Kedah – KM Kedah- KM Teknikal Kedah

– KM Kulim

– KM Kuala Nerang

– KM Perlis

– KM Pulau Pinang

249 orang
ZON SABAH Kolej Matrikulasi Labuan – KM Labuan 91 orang
ZON SARAWAK Kem PLKN Putra Sentosa – KM Sarawak 85 orang
JUMLAH 760 orang

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *