Home » Citra Yadim » Pendekatan kasih sayang dalam pembinaan keluarga

Pendekatan kasih sayang dalam pembinaan keluarga

IMG-20171117-WA0077 IMG-20171117-WA0084

KOTA KINABALU 22 Nov. – Syariat Islam memberi penekanan kepada pendekatan kasih sayang dalam pembinaan institusi kekeluargaan kerana dengan kasih sayang bukan sahaja dapat mendekatkan hubungan kekeluargaan malahan salah satu sifat Allah.

Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail berkata demikian ketika menjadi penceramah Forum At-Anjung Taqwa di  Sabah FM yang bertajuk `Di Mana Kasih Di Mana Sayang’.

Program berkenaan diadakan  di Masjid Dhuyuf Furrahman Kampung Lok Kawi Baru, Putatan pada 16 November lalu dan disiarkan secara langsung di Radio Sabah FM selama satu jam.

Menurut beliau , perasaan kasih, tenang dan bahagia yang juga  merupakan sifat mawaddah warrahmah perlu seiring dengan tanggungjawab demi menjamin kebahagiaan sesebuah institusi kekeluargaan.

Dalam forum yang sama penceramah bebas tempatan, Ustaz Rafaeh Mohd Enarji menegaskan, nilai kasih sayang merupakan penyatuan kepada keluarga harmoni dan bahagia terutama di antara suami dan isteri atau ibu dan bapa yang menjadi teladan kepada anak-anak.

Beliau juga mahu umat Islam mencontohi sifat Nabi Muhammad yang tidak pernah bersangka buruk dan sentiasa mensyukuri perasaan kasih sayang Allah sebagai nikmat dalam hidup.

Program Anjung At-Taqwa di Sabah FM adalah anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah, Jabatan Penyiaran Kawasan Sabah dan Sabah FM serta Masjid Dhuyuf Furrahman.

Turut hadir dalam program ini ialah Pengurus Sabah FM, Encik Muhamat @ Razali Baba dan Pengerusi Masjid Dhuyuf Furrahman Kampung Lok Kawi Baru, Putatan, Tuan Haji Jasni Zinin.

Secara keseluruhannya, program ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada penduduk sekitar dengan dianggarkan seramai 400 orang turut hadir.

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *