Home » Langit Terbuka » Hamas seru rakyat Palestin bangkit

Hamas seru rakyat Palestin bangkit

BAITULMAQDIS 8 Dis – Rakyat Palestin digesa untuk mengetepikan usaha damai dan menumpukan kepada kebangkitan baru ke atas Israel, susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Rabu lalu.

Gesaan oleh Pergerakan Hamas itu disuarakan Ketuanya, Ismail Haniyeh ketika berucap di Gaza, semalam.

“Kita seharusnya menumpukan kepada usaha melancarkan intifada baru bagi menghadapi musuh dari rejim Zionis,” katanya.

Terdahulu, tunjuk perasaan di sekitar Tebing Barat dan Gaza semalam menyaksikan sekurang-kurangnya 31 rakyat Palestin tercedera selepas terbabit dalam pertempuran dengan tentera Israel.

Pasukan berkenaan dalam satu kenyataan mendakwa, sebuah pesawat dan kereta perisai mengesan dua sasaran milik kumpulan militan di Semenanjung Gaza selepas tiga roket dilancarkan ke arah mereka, sebelum itu.

Kumpulan pejuang Briged Al-Tawheed mendakwa bertanggungjawab atas tembakan roket berkenaan.

Menurut kenyataan pasukan perubatan, 11 orang ditembak menggunakan peluru hidup manakala 20 lagi dengan peluru getah dalam tunjuk perasaan semalam.

Seorang daripada mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. – Reuters

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *