Home » Langit Terbuka » Palestin mahu PBB keluarkan resolusi mengenai keputusan Trump

Palestin mahu PBB keluarkan resolusi mengenai keputusan Trump

KAHERAH, 10 Dis – Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki berkata, beliau akan mendapatkan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) terhadap keputusan provakatif Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Rabu lalu.

Beliau dalam satu sidang akhbar di Kaherah hari ini menegaskan bahawa keputusan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel adalah haram dan tidak sah.

“Ia menunjukkan sikap berat sebelah dan bermusuhan serta memposisikan dirinya sebagai pihak pencetus konflik bukan orang tengah,” katanya.

Rabu lalu, Trump mengumumkan keputusan itu dan mengarahkan perpindahan pejabat Kedutanaan AS di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Pengisytiharan provokatif itu telah memberi gelombang kepada seluruh dunia Islam, bahkan mendorong amaran tegas sekutu Washington di Barat yang akan membawa lebih huru-hara di kawasan yang berdepan ketegangan.

Maliki berkata, Washington juga memutuskan untuk mengasingkan diri daripada komuniti antarabangsa dan menjadi sebahagian pihak minoriti yang berpihak dengan entiti pendudukan Israel.

“Kami datang hari ini untuk menghadiri mesyuarat tergempar menteri luar negeri Arab atas permintaan Jordan dan Palestin untuk membincangkan isu ini serta mengeluarkan resolusi mengenai perkara ini selepas pertemuan Liga Arab,” katanya.- Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *