Home » Langit Terbuka » Kebakaran hutan terburuk di California

Kebakaran hutan terburuk di California

OJAI, California 10 Dis. –  Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan darurat di California berikutan kebakaran hutan paling buruk sehingga mengancam beberapa bandar berdekatan.

Trump turut mengarahkan bantuan persekutuan untuk membantu negeri yang kebanyakan kawasan musnah dalam kebakaran itu sejak beberapa hari lalu.

Kebakaran yang diberi gelaran Thomas itu hanya 15 peratus berjaya dikawal, kini mula mengancam bandar Santa Barbara dan Carpinteria, yang terletak di pesisir pantai.

Gabenor California berkata, setakat ini ia sudah memusnahkan 600 kediaman dan membakar kawasan seluas 70,000 hektar, kemusnahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di sebuah negeri paling ramai penduduk di AS.

Arahan berpindah sudah dikeluarkan untuk beberapa kawasan di Carpinteria yang berdekatan dengan Hutan Negara Los Padres, lokasi kebakaran.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengesahkan keadaan cuaca sangat kering di selatan California ketika ini. Keadaan diburukkan lagi dengan tiupan angin. – AFP

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *