Home » Ensiklopedia » Lelaki Bosnia Sanggup Berjalan 5,700 km Untuk Tunai Haji

Lelaki Bosnia Sanggup Berjalan 5,700 km Untuk Tunai Haji

Seorang lelaki Bosnia, Senad Hadzic, 47 mengharungi perjalanan sejauh 5,700 kilometer selama 314 hari sebelum tiba di Mekah semalam.

Menurut Senad Hadzic, beliau telah memulakan perjalanan tersebut pada bulan Disember lalu dan melalui beberapa buah negara termasuk Serbia, Bulgaria, Turki, Jordan dan Syria dengan pelbagai rintangan.

Bagaimanapun beliau tidak terasa penat walaupun membawa beg sandang seberat 20 kilogram dan “ini adalah hari terbaik saya.”

Sebelum ini, Senad mencatatkan perjalanannya di Facebook dan turut memuat naik gambarnya bersama kad warga asing yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri Syria.

Beliau telah memasuki Syria pada April dengan berjalan kira-kira 500 kilometer dalam 11 hari.

“Saya melalui Aleppo dan Damsyik serta berpuluh-puluh pusat kawalan dikuasai tentera kerajaan dan pejuang pembangkang.

“Namun, saya tak pernah ditahan,” katanya.

Menurut Senad, dia berjalan demi Tuhan, Islam, Bosnia-Herzegovina, ibu bapa dan adik-beradiknya.

Menurut catatannya di facebook, Senad berkata, Tuhan memberinya jalan melalui mimpi dengan mengilhamkan supaya memilih laluan Syria berbanding Iraq. Sepanjang perjalanan itu, Senad melalui kawasan yang bersuhu 35 darjah Celsius di Bulgaria hingga 44 darjah Celsius di Jordan.

“Saya terpaksa menunggu beberapa minggu di Istanbul untuk mendapatkan kebenaran berjalan melepasi sempadan melalui Jambatan Bosphorus dan dua bulan lagi di sempadan di antara Jordan dan Arab Saudi sebelum diberi visa,” katanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *