Isnin, 11 Disember, 2017

Pencapaian

Sejak YADIM telah diperkenalkan kepada dunia luar, YADIM telah mengembangkan operasinya ke serata pelosok dunia dan ini adalah di antara pencapaian-pencapaian yang telah dilaksanakan:

  • YADIM telah mencapai pensijilan ISO 9001:2008 pada 8 Jan 2009 dan ini kerana komitemen dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh tenaga kerja YADIM daripada semua peringkat dan semua jabatan.
  • Menganjurkan aktiviti-aktiviti bertaraf Antarabangsa seperti Multaqa Ulama Sedunia (2003), Alumni Al-Azhar (2003) dan Seminar Ahli Sunnah Waljamaah (2005).
  • YADIM telah berjaya mengusahakan program-program dakwah dan kemasyarakatan seperti Program Ibu Mithali dan Bulan Dakwah.
  • Telah berjaya menjalankan Konvoi Jelajah Kebangsaan 2010/ Jelajah Kembara YADIM 1Malaysia yang mernagkumi Malaysia, Indonesia, Myanmar, India, Pakistan dan Jordan.
  • YADIM juga telah terlibat dalam Malaysian International Halal Seminar & Exhibition (MIHAS) (2003).
  • YADIM telah menganjurkan Program Dakwah Negara dengan pelaksanaan 35 program yang bertumpu di Universiti Kebangsaan Malaysia (2014). Antara program yang dimuatkan adalah Kongres NGO Islam, Konvensyen Muamalah, Bicara Sakinah, Ijtimak Ahlu Sunnah wal Jamaah, Muzakarah Jenayah Syariah dan Konvensyen Kepimpinan.
  • Yadim telah menggerakkan tugas-tugas menyelaras kegiatan dakwah Islam dengan mengadakan Siri-siri Bengkel Pelan Strategik Dakwah termasuk aktiviti dakwah di Sabah dan Sarawak.
  • Pada tahun 2014, Anugerah Keluarga Mithali telah dianjurkan dengan memberi pengiktirafan kepada para ibu melalui Anugerah Ibu Mithali, bapa melalui Anugerah Bapa Mithali, golongan muda dengan Anugerah Pewaris Harapan dan seterusnya Anugerah Keluarga Mithali.
  • YADIM telah mewujudkan Felo Dakwah YADIM sebagai usaha memantapkan lagi kegiatan dakwah di Malaysia. Felo Dakwah yang dilantik terdiri daripada golongan profesional, akademik dan aktivis masyarakat yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Sehingga hari ini, seramai 13 orang Felo Dakwah telah bersama YADIM termasuk Prof Muhaya Mohamad, Ustazah Nik Salida Suhaila dan Dr. Zaharuddin Abd Rahman.
  • YADIM juga telah menjalin sinergi bersama Ikon Dakwah YADIM yang terdiri daripada golongan selebriti yang mempunyai imej dakwah dan boleh menarik minat masyarakat khususnya generasi muda. Antara mereka adalah Heliza Helmi, Amin Idris dan Diana Amir.
  • Usaha melahirkan pendakwah Islam muda yang berpengetahuan dan berkemahiran telah dirancakkan dengan pelbagai program seperti Jejak Menara, Nadwah QiYADI, Kem Daie Muda Matrikulasi, Kem QiYADI, Jelajah Ilmu Mahasiswa Luar Negara dan Felo Muda Dakwah YADIM.
  • Buat julung kalinya, YADIM telah menganjurkan Majlis Anugerah Dakwah Negara yang mengiktiraf golongan pendakwah. Enam kategori anugerah yang disediakan adalah Anugerah Pendakwah Negara, Anugerah Pendakwah Wanita, Anugerah Pendakwah NGO, Anugerah Pendakwah Saudara Kita, Anugreha Pendakwah Seni Hiburan dan Anugerah Pendakwah Muda.