Majlis Dakwah Negara

PENGENALAN

Majlis Dakwah Negara (MDN) ialah sebuah badan khas yang bernaung di bawah Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). MDN telah ditubuhkan pada Oktober 2013. Sehingga kini MDN didokong oleh ramai tokoh-tokoh dalam negara, para cendekiawan, para asatizah, golongan profesional dan korporat serta pelbagai pihak lain yang terdiri dari pelbagai latar belakang profesyen. Mereka memberi sumbangan tenaga mengikut bidang kepakaran masing-masing dengan bernaung di bawah Panel-Panel dan Dewan-Dewan yang ada di dalam struktur organisasi MDN.

 

VISI

Menjadi badan otonomi di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bagi tujuan melaksanakan kerja dakwah yang berkesan.

 

MISI

Menjadikan dakwah sebagai salah satu tonggak dalam pembinaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

 

OBJEKTIF

  • Mengambil kira dan memanfaatkan keberadaan semua organisasi dan orang persaorangan yang sedang berada di pentas dakwah dalam negara ini sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung.
  • Membina jaringan dakwah yang berkesan bagi menyatu-padukan semua idea dan gerak kerja yang sedia ada bagi tujuan keselarasan matlamat dan cara berdakwah di negara ini.
  • Mencetus dan merealisasikan inovasi dakwah dalam merangka pembaharuan dakwah bagi disesuaikan dengan keperluan negara dan masyarakat.
  • Mengambil daya utama melebarkan jaringan dakwah di peringkat antarabangsa berasaskan kepentingan perkembangan Islam sejagat.

 

DASAR

Bagi merealisasikan kewujudan dan menjelmakan aspirasi serta peranan MDN secara terfokus, MDN telah mensasarkan secara jelas lima) dasar utama organisasi ini. Dasar-dasar tersebut ialah:

  • Memperkukuh kedudukan Islam sebagai agama negara.
  • Menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu.
  • Memangkin perpaduan ummah.
  • Menerima kebebasan beragama berasaskan lunas perlembagaan negara.
  • Mendukung pembangunan negara.

 

PANEL

Majlis Dakwah Negara setakat ini didokong oleh enam Panel yang ditubuhkan khas untuk berperanan sebagai kumpulan pemikir (think-tank) kepada MDN. Panel-panel tersebut dipimpin dan dianggotai oleh tokoh-tokoh berwibawa dalam bidang masing-masing. Panel-panel tersebut ialah:

  • Panel Perunding Perpaduan Ummah (PPPU).
  • Panel Cendekiawan Ulung (PCU).
  • Panel Syura Ulama-Umara (PSUU).
  • Panel Memperkasa Tulisan Jawi (PMTJ).
  • Panel Hak Asasi Manusia (PHAM).
  • Panel Transformasi Perundangan Islam (PTPI).