Anugerah Dakwah Negara

Anugerah Dakwah Negara merupakan program yang julung-julung kali telah diperkenalkan oleh YADIM bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan pendakwah dari pelbagai latar belakang dan bidang di atas jasa dan pengorbanan mereka ke arah kelangsungan gerakan dakwah di Malaysia.

Objektif

  • Memberi penghargaan kepada tokoh-tokoh pendakwah negara daripada kalangan NGO-NGO Islam untuk beramah mesra dengan YAB Perdana Menteri dalam majlis makan malam sempena ulangtahun ke-40 penubuhan YADIM (1974-2014).

  • Menyampaikan Sijil Penghargaan dan Anugerah kepada tokoh-tokoh tertentu dalam NGO-NGO Islam yang telah banyak berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara dalam melakukan kerja-kerja dakwah di lapangan.
  • Untuk menzahirkan penghargaan dan juga kesyukuran kami daripada YADIM kepada Allahyarham Tun Hj Abdul Razak bin Dato’ Husein, Perdana Menteri Malaysia Kedua atas sumbangan amal jariahnya yang telah menubuhkan YADIM pada tahun 1974.

 Senarai penerima anugerah :

1.Anugerah Pendakwah Negara            : Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik

2. Anugerah Pendakwah Wanita           : Prof Dr. Muhaya bt Mohamad

3. Anugerah Pendakwah Muda             : Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan (Imam Muda Asyraf)

4. Anugerah Pendakwah NGO              : Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)

5. Anugerah Pendakwah Saudara Kita  :  Shah Kirit bin Kakulal Govindji

6. Anugerah Pendakwah Seni Hiburan :    Raihan