Polisi Kualiti

YADIM bertanggungjawab dan komited untuk melaksanakan program dakwah,menghasilkan produk dan memberikan perkhidmatan berkualiti bagi menepati kehendak syarak dan pelanggan dengan merujuk piawai MS ISO 9001:2008 serta penambahbaikan berterusan. Dasar kualiti / polisi kualiti akan dijadikan sebagai rangka kerja untuk pemantapan dan penyemakan objektif kualiti. Polisi kualiti ini juga akan dikomunikasikan , difahami dan disemak bagi kesesuaian di dalam Manual Kualiti.

Objektif Kualiti

Untuk merealisasikan polisi kualiti di atas YADIM akan melaksanakan objektif kualiti berikut:-
1. Membuat semakan pengurusan terhadap tahap keberkesanan aktiviti dan program yang dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun
2. Mengambil tindakan bertulis terhadap aduan pelanggan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
3. Memastikan prosedur kerja dilaksanakan dengan berkesan. Untuk itu, audit kualiti dalaman diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun
4. Mencapai kepuasan pelanggan sekurang-kurangnya 70 % melalui analisa maklumbalas pelanggan dan program yang dibuat enam (6) bulan sekali. Sekiranya kepuasan pelanggan tidak mencapai 70 % langkah-langkah  penambahbaikan akan dibincangkan didalam Mesyuarat Aduan dan Maklumbalas Pelanggan.