Latar belakang

Majlis Penganugerah Keluarga Mithali diadakan setiap dua tahun sekali bagi memberi pengiktirafan kepada keluarga yang berjaya dalam membentuk anak-anak cemerlang dan berkualiti. Anugerah Keluarga Mithali dipilih di kalangan keluarga-keluarga yang berjaya membawa imej positif dan menjadi teladan kepada keluarga-keluarga yang lain serta keluarga ini banyak memberi bakti dalam masyarakat, agama dan negara.

Anugerah ini terbuka secara menyeluruh kepada semua keluarga Islam di Malaysia, tidak kira latar belakang etnik. Penyertaan anugerah ini adalah melalui borang pencalonan yang diedarkan melalui Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan NGO wakil-wakil rakyat dan lain-lain dan pihak swasta.