Home » Langit Terbuka » Afrika Selatan mahu ‘putus hubungan’ dengan Israel

Afrika Selatan mahu ‘putus hubungan’ dengan Israel

Demonstrasi mengecam layanan Israel terhadap penduduk Palestin yang diadakan di Afrika Selatan. Foto : The Forward

AFRIKA SELATAN— Kerajaan Afrika Selatan menimbangkan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai protes terhadap layanan negara itu kepada rakyat Palestin.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Sains dan Teknologi, Afsel Naledi Pandor, pada Selasa kepada anggota parlimen dalam perbahasan pada sesi Pidato Negara Afrika Selatan Cyril Ramaphosa (SONA).

“Parti majoriti telah sepakat, bahawa pemerintah harus memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

“Mengambil kira tidak adanya inisiatif oleh Israel untuk menjamin kedamaian  dan penyelesaian di antara kedua-dua negara termasuk soal memberi kebebasan penuh dan demokrasi bagi rakyat Palestin,” katanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai menjawab pemimpin pembangkang, Kenneth Meshoe, yang mengatakan kekecewaannya apabila kerajaan Afrika Selatan menolak bantuan daripada Israel untuk mengatasi krisis air di negara berkenaan. – Islampos

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *