Home » Citra Yadim » Al Falah bantu mangsa kebakaran Taman Seremban Jaya

Al Falah bantu mangsa kebakaran Taman Seremban Jaya

SEREMBAN – Sukarelawan Al Falah (SAF) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terus aktif menjalankan kerja kerja kesukarelawanan dan sosialnya, terbaru, satu keluarga mangsa kebakaran di Taman Seremban Jaya disantuni hari ini (14 September).

Tiga anggota SAF diketuai oleh Ustaz Abdul Latif Mohd Yunus, telah menyantuni keluarga berkenaan dan menghulurkan sumbangan wang tunai dan barangan seperti makanan, telekung, sejadah dan al Quran kepada keluarga berkenaan.

Kebakaran pada pukul 4 pagi 12 September lalu, telah mengakibatkan keluarga malang tersebut tinggal sehelai sepinggang.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa boleh menghubungi Ustaz Abdul Latif Mohd Yunus di talian 017620 8869.

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *