Monday, 16 July, 2018
Laman Utama Bahagian Sektor Pengurusan Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Peranan:

Menyedia dan memberi perkhidmatan pentadbiran yang berkesan, cekap dan teratur untuk memenuhi kehendak pelanggan dalam dan luaran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia secara konsisten, berteraskan profesionalisme, kerjasama dan integriti.

Fungsi:

  1. Mengurus, merancang hal ehwal keseluruhan penyelenggaraan dan
    pengurusan bangunan-bangunan milik YADIM termasuk bangunan yang disewa serta aset-aset lain merangkumi daftar harta modal dan inventori.
  2. Merancang dan menggubal dasar-dasar logistik untuk mencapai sistem logistik yang efektif dan efisyen merangkumi bidang-bidang pergerakan dan pengangkutan dan menyediakan keperluan logistik untuk urusan rasmi YADIM.
  3. Memastikan hal ehwal pentadbiran pejabat seperti pengurusan mesyuarat dalaman YADIM, pengurusan stor serta bekalan pejabat, perkhidmatan seperti penempatan, khidmat pelanggan, utiliti perhubungan diurus secara sistematik dan berkesan.
  4. Melaksanakan, memantau program dan aktiviti pengurusan rekod serta dokumen selaras dengan undang-undang, peraturan dan piawaian yang ditetapkan dengan mewujudkan kod klsifikasi fail, ruang penyimpanan rekod, pengurusan dan dokumen YADIM serta menyediakan pelan tindakan bencana.
  5. Menggubal dan mengemaskini dasar, peraturan dan garis panduan sedia ada mengenai operasi anak syarikat. Menyelia, menyelaras serta menguruskan hal-hal korporat dan kursus untuk ahli lembaga pengarah/pegawai eksekutif anak syarikat.

Aset dan Logistik

  1. Merancang, mengurus dan mengurus dan menyelenggara aset YADIM dan keperluan logistik
  2. Memastikan pelupusan aset mengikut prosedur yang telah ditetapkan

Pentadbiran Am

  1. Pengurusan rekod dan pentadbiran am (pengurusan mensyuarat, stor, utiliti, khidmat pelanggan)
  2. Menyelaras urusan Mesyuarat Utama di YADIM iaitu Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi dan Mesyuarat Pengurusan

Registri

  1. Mengumpul, mengurus dan menyelaras semua dokumen, fail, rekod dan bahan cetakan YADIM
  2. Menguruskan dokumen keluar-masuk
  3. Memastikan pelupusan rekod dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan

Teknologi Maklumat

  1. Merancang dan menyelenggara keselamatan rangkaian IT, perkakasan ICT, Laman web YADIM, Latihan ICT untuk warga YADIM
  2. Merekabentuk laman web dan sistem yang berkaitan