Home » Langit Terbuka » Bayaran Khas Aidilfitri Kariah Masjid, Guru Takmir, KAFA

Bayaran Khas Aidilfitri Kariah Masjid, Guru Takmir, KAFA

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengarahkan bahawa anggota perkhidmatan masjid dapat menikmati bayaran khas Aidilfitri seperti yang diterima oleh warga perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan Bayaran Khas Aidilfitri 2018 sebanyak RM400 kepada kariah masjid, guru takmir dan guru kelas asas fardhu ain (KAFA).

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, bayaran khas itu melibatkan 66,258 individu terdiri daripada 12,500 imam, 8,650 bilal, 3,950 guru takmir, 8,394 tok siak, norja dan merbot serta 32,764 guru KAFA.

“Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengarahkan bahawa anggota perkhidmatan masjid dapat menikmati bayaran khas Aidilfitri seperti yang diterima oleh warga perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan.

“Kos keseluruhan bayaran ini adalah sebanyak RM26.5 juta yang telah disalurkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pemberian akan dimasukkan terus ke dalam akaun individu yang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, pembayaran itu tidak termasuk dalam pembayaran Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) yang dibayar secara berasingan.

Kata beliau, Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan RM1.6 billion kepada hampir 4.1 juta penerima BSHR bermula 6 Jun lalu.

“Semoga pemberian insentif ini sedikit sebanyak dapat membantu persediaan Hari Raya Aidilfitri oleh penerima di seluruh negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *